JellyPages.com

Saturday 31 August 2013

Kenangan di Pulau Kapas

Hari tu dah buat entri pasal Pulau Kapas ni
hari ni cuma nak berkongsi panorama di sekitar 
pulau tersebut
Mungkin ada setengah pihak yang menyampah kan tengok 
benda sama je hihi
Nak buat macam mana 
ambo berpeluang ke sana 
sahaja setakat ini.

Layankan ajo lah ye 
jangan marah 
senyum senyum 
 aak comelnya hihi
sekitar perkarangan Jeti Pulau Kapas













Terima kasih sudi adakan kunjungan ke blog 
kami :D

Ku Sangka Ajal Ku Tiba

Cerita ini berlaku ketika aku 
masih menuntut di Dungun,aku pon masih samar samar
dengan apa yang berlaku.


Ketika itu aku di semester 2 ,menetap di Kolej Tenggol
yang mana kami student DPA diletakkan bersama satu wing kolej.
Jadinya wing kami sangat meriah kerana rata rata jiran bilik kami,kami kenal.

Lupakan soal kolej ,ini satu detik yang ku alami 
pada suatu hari itu.
Malam itu tiada apa yang berlaku sebenarnya
kami satu roomates hanya berborak borak kosong
aku pon kurang ingat apa yang berlaku
kerana hampir 2 tahun berlalu.
Ketika aku merebahkan badanku ke katil
terasa sangat panas, degup jantungku kian sayup.

Dahiku berpeluh kuat.
Degup jantung yang sebelum ini berdegup kencang
kini kian perlahan. Aku bagaikan tak sedarkan diri
serupa berada dalam dunia sendiri.
Bisik hati ,adakah ajalku sudah tiba?
Nak bersuara ketika itu bagaikan tak berupaya
suara rakan rakanku sayup kedengaran dari atas katil.

Menitis air mata , apakah bekalku untuk bertemuMu 
Ya ALLAH?
lantas aku gapai telefon untuk sms ma 
ketika itu sudah lewat tengah malam
aku tak mahu menganggu ma tidur 
jadi ku fikir cukup untuk sms sahaja
ku kirimkan maaf dan moga dihalalkan makan minumku.
Pastinya ma terkejut dengan sms itu.

Aku juga masih belum pasti apa yang terjadi.
Terasa berada jauh dari mereka, padahal rakan rakanku ada berada di dalam bilik.
Mungkin asma datang kembali tapi aku tak begitu sesak nafas seperti sebelum ini.
Lantas aku bangun gagahkan diri mengambil wudhu'
istighfar dan mengucap bimbang ini malam terakhirku
Seusai semua itu aku rebahkan diri kembali ke atas katil
dan berdoa agar ALLAH masih panjangkan umurku.
Tiba tiba aku terus terlena dan sedar sedar terus subuh.

Alhamdulillah segala puji pujian
kepada ALLAH 
Sedikit sahaja ujian yang ALLAH berikan terus aku menggelabah.
Itu baru sedikit nikmat yang ditarik ,sekejap sahaja
mungkin ada langkahku yang tersasar dari agama 
lalu ALLAH beri peringatan.


Apa yang melucukan
ma agak terkejut dengan sms yang diterima
katanya bakpo la jadi lagu tu ,kito bimbang doh baca sms takut jadi gapo gapo.

Itu hanya pengalaman.
kami sekeluarga juga hampir maut ketika perjalanan pulang ke kuantan selepas beraya di K.B.
Masa itu aku di sekolah menengah.
Kereta kami terbabas ke bahu jalan berlanggar dengan 
kereta bertentangan haluan.
hancur rim ,cermin,tayar.
Nasib baik ALLAH masih panjangkan umur kami.

Alhamdulillah
Jadilah orang yang sentiasa bersyukur .
dan mengingati mati.

Assalamualaikum
ai...

Thursday 29 August 2013

Medical Check Up : Persediaan Ke Universiti

Assalamualaikum semua :D
dan salam sejahtera 
Memandangkan nak daftar masuk UiTM nanti
memerlukan laporan medical check up
so terpaksalah ambo pergi ke 
Hospital  Sultanah Nur Zahirah
Kuala Terengganu bagi melengkapkan 
proses kemasukan nanti.
Ini kali kedua ambo buat check up ditempat 
yang sama.
cuma kali ini keseorangan huhu.


Jadinya ambo akan kongsikan langkah langkah
untuk kita membuat medical check up.

Pertamanya buat appointment dengan hospital 
atau klinik berkaitan .
Dapatkan temu janji anda untuk membuat medical check up.

Seterusnya hadir pada hari temu janji jangan tak datang pulak.
Tak pasal pasal membazir masa nanti kan haha.

Okay bila dah sampai ke hospital anda perlu bertanya dikaunter adakah nama anda terdapat dalam senarai temu janji,kalau ada ,anda akan diberikan nombor giliran.

So ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil 
Apabila nombor dipanggil anda diminta mengemukakan borang kesihatan dari ipt masing masing
macam ambo uitm .
dan di suruh membayar RM 20 untuk caj xray dan yang terlibat.
Selepas membayar anda akan diberi borang xray untuk diisi dan selepas mengisi borang perlu di semak oleh kaunter dan akan diberikan penerangan ringkas berkaitan medical check up.


Sila ikut arahan yang telah diberikan .
(sila refer no bilik untuk setiap ujian)
1. Periksa berat anda dan ketinggian dan tulis dalam borang yang disediakan.
2.Ujian penglihatan (tinggalkan kad anda di kaunter dan nama anda kan dipanggil).
Ujiannya mudah sahaja hanya menguji penglihatan.
3.Check blood pressure dan pulse.
4.Check urine (anda akan diminta mengambil sebekas botol dan pergi ke tandas,then pandai pandailah hehe)
5.Selepas selesai anda boleh ke anda perlu mendaftar di kaunter pendaftaran untuk xray.
6. Seterusnya ke bilik Xray untuk melakukan ujian xray 
dan tunggu keputusannya .
Dah siap bergerak ke tempat seterusnya.
7. Pergi ke Pakar Bedah Mulut untuk check gigi.
Kat sini doktor or pegawai akan check gigi sekiranya terdapat sebarang masalah.
8.Kembali ke kaunter mula mula kita datang dan ambil no giliran untuk berjumpa doktor.
9. Jumpa doktor untuk check kesemua laporan dan doktor akan mengesahkan semuanya normal dan tidak punya apa apa masalah . 
10. Done.anda boleh pulang ke rumah atau 
makan makan haha.

Nota :1. Medical check up ambo ini dilakukan di Klinik Pesakit Luar ,Hospital Sultanah Nur Zahirah
Kuala Terengganu.

2.Diharap bersedia dengan kekuatan mental kerana dihospital kerajaan biasanya akan mengambil masa 2,3 jam untuk menyiapkan medical check up ini.

Prosedurnya mungkin sedikit berbeza dengan klinik swasta.
Untuk ujian anda boleh memilih untuk buat step yang mana anda suka dahulu.
Kat tempat anda saya kurang pasti hehe

terima kasih .
Assalamualaikum.
ai...

Wednesday 28 August 2013

Diari Maya : Blog tempat untuk melepaskan stress?

Minum kopi campur susu
harap semuanya senyum selalu hihi
Assalamualaikum semua 
hendaknya sihat sihat dan happy 
selalu .

Bagaimana dengan korang hari ini?
happy mungkin? ada yang dpt gaji, ada yang nak kahwin
ada yang dpt phone baru, ada yang dpt rumah baru.
Jangan lupa ucapkan syukur kepada Pemilik asal 
iaitu ALLAH.
Semuanya milik ALLAH.
betul tak?
Tema kali ini blog 
kenapa blog?
apabila kita sebut pasal blog pastinya dekat dengan jiwa blogger.

ada yang menulis untuk suka suka 
dan ada yang memilih untuk menjadikannya sebagai 
pekerjaan dan menjana pendapatan.
Sebahagian blogger pula memilih blog sebagai tempat untuk meluahkan perasaan atau diari maya.
Dairi maya ini sangat membantu seseorang untuk mengurangkan sedikit tekanan yang dihadapi .
Setelah mengadu kepada ALLAH dalam doa dan ketika sujud

mungkin kita perlukan lagi tempat untuk meluahkan perasaan sekiranya tak terluah.
Dan mungkin sebagai tempat untuk berkongsi perasaan dengan rakan rakan bloggger yang punyai masalah yang sama .
Privasi blog ,facebook, dan juga twitter sedikit berbeza.
Kerana facebook dan twitter post kita update secara langsung,dan akan keluar dipaparan
rakan rakan kita.
Berbeza di blog privasi agak sedikit tinggi
dan perlu daya penarik untuk membukanya.


Dan yang berbakat dengan bidang penulisan cerita mereka 
akan diolah menjadi sebuah cerita atau novel.
waah untung bukan? hehe
Dengan berkongsi masalah diruangan maya ianya boleh dikatakan sebagai positif dan juga negatif.
Kita dapat menerima dan berkongsi nasihat dgn rakan rakan lain yang tak pernah kita kenal.

Namun perlu diingat laman maya juga tempat penyebaran fitnah dan tempat mengaibkan seseorang.
Maka berhati hatilah dalam menulis dan jauhi daripada
mengaibkan seseorang kerana ianya akan mengakibatkan 
sesuatu yang buruk dalam masyarakat.


Perkongsian ini juga dapat meredakan sedikit tekanan kerana kita akan sedikit menghabiskan masa dalam menaip cerita dan mengelakkan kita daripada memikirkan masalah .

Tips berkongsi masalah :
1. Kongsi masalah anda dengan tertib
2. Elakkan menyebut nama individu bagi mengelakkan perselisihan.
3.Menghormati individu lain.
4.Elakkan sebarang cerita yang mengaibkan
5.Menerima teguran dari rakan rakan


Blogger pon ada macam macam jenis
ada yang post kebaikan ,keburukan
anda sendirilah penentunya
keputusan sentiasa ditangan anda.


Buat keputusan yang bijak.

Assalamualaikum 
ai...

Tuesday 27 August 2013

Kisah Aku dan Sepapan Telur

Memandangkan ma outstation ke P.D
dan kemungkinan petang ini akan balik
sedikit sebanyak kerja rumah di jalankan oleh aku.
Semalam kebetulan bekalan telur kat rumah dah habis.
Nak tak nak rajinkan diri ke pasaraya berdekatan untuk
membeli sepapan telur
betul ke ayat tu? haha
Mesti korang menyampah bacakan
takkan pasal beli telur pon nak cerita
nak tunjuk rajin laa tuh kan hehe.


Bukan itu isunya
sambung cerita ...
Dah masuk dalam giant ,siap pilih telur apa semua
aku pon ke kaunter untuk membayar.
lalu ku lihat kaunter sebelah ada orang lalu ke kaunter sebelah.
 Ada seorang cashier lelaki masih muda 
sebaya aku barangkali
 lalu bermula dialog ringkas antara kami.

Cashier : Nak bayar ke bang?

Aku       : Aaah nak bayar ,sambil letakkan sepapan telur  
               itu tadi 

Cashier : Tunggu kejap ye bang, sebab pokcik ni g ambil barang nak tambah .Dia malas nak beratur sekali lagi.

Aku       : Oh xpe, bukan nak cepat pon .ambik masa

                      Menunggu dalam masa lima minit

Cashier : Lama pokcik ni tak tahu hormat orang lain ke, geram pulok rasa.

Aku      :  Xpewla tunggu kejap lagi.
              Sambil menghulurkan senyuman
 
                    Kebetulan orang semakin ramai beratur.
dan pokcik tadi pon datang membawa barang yang diambil.
Lalu membayarnya.
 

Hidup ini memang sentiasa diuji 
tak kira yang tua mahupun yang muda
bersabarlah dan hulurkan senyuman
yang resah akan turut ikut lega.


Aku pon pernah menjadi cashier kat stesen minyak
kerja masa habis spm dulu
Sibuk macam mana kita usaha untuk senyum.

Kata kata yang mudah.
Yang muda hormat pada yang tua.
Yang tua kasih pada yang muda.

Sabar itu penyeri keimanan. 

Pandangan anda bagaimana?
tinggalkan pendapat anda semua
di ruangan komen
terima kasih :D
Assalamualaikum 
ai...


Monday 26 August 2013

Coretan aku soal jodoh ,cerita anda?

Assalamualaikum
Mesti ramai yang tengah pening bila 
cakap pasal jodoh
nak nak yg tengah bercouple atau yg sdg menjalinkan 
hubungan.


Fikir dengan siapa aku bakal kahwin
ada yang bercinta bertahun2 pon sampai 
masa putus ditengah jalan pon ada
tapi kita tak boleh salahkan takdir
takdir yang menemukan dan menentukan
dengan siapa bakal kita kahwin.
dan itu sudah ditulis di dalam Luh Mahfuz sama ada 
ajal mahupun jodoh.
 Ramai yang tengah tersenyum teringat cinta monyet
masing masing kan :P

Yang memilih untuk bercinta dahulu pon ada
katanya nak kenal dulu pasangan.
yang berakhir dengan jinjang pelamin aku ucapkan
alhamdulillah dan tahniah
tapi ramai juga yang terkandas di tengah jalan dek kerana
ingin mengenali :P
Ada juga yang tak pernah bercinta pon
dan tak pernah kenal
terus memasuki alam perkahwinan
tapi alhamdulillah perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Pasti aku kagum dengan perkahwinan sebegini.
Lihat sahaja kisah Rasulullah S.A.W sendiri 
Baginda berkahwin dengan Saiditina Khadijah 
dek kerana akhlak yang sangat terpuji
Saiditina Khadijah jatuh cinta dengan akhlak baik Nabi.
Sangat menjadi Inspirasi buat semua Umat Islam .

Dan hadis yang mengatakan wanita dikahwini kerana
empat perkara :
Daripada Abu Hurairah r.a katanya,"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara: Kerana hartanya,kerana keturunannya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya
Maka utamakanlah agamanya niscaya engkau akan bahagia".

Mereka yang faham agama pastinya akan memilih
cinta selepas kahwin kerana ianya lebih manis dan tidak dikotori dengan hawa nafsu dan sebagainya.
Malahan jika perkahwinan itu disandari atas dasar 
agama insyaAllah ianya akan mempunyai ikatan yang sangat baik dan dengan izin ALLAH akan berkekalan hingga ke jannah.

Sebagai orang muda aku pon tak terkecuali 
memikirkan soal perkahwinan kerana kita juga perlu 
merancang masa depan di sebalik menunggu takdir jatuh ke riba.
Ianya salah satu usaha dan kalau cerita soal jodoh ni 
ma awal2 lagi dah bagitahu carilah yang dekat2 bimbang kalau duk jauh2 hehe tapi jodoh itu milik ALLAH 
kalau sudah ditentukan yang dekat kita kena terima
kalau ditakdirkan yang jauh pon kita terima sahaja.
Kalau jauh meriah sikit nanti raya 
anak2 boleh merasa jalan jauh2 haha


Aku juga bukanlah insan yang memilih bab jodoh ini,
kerana sedar aku juga bukanlah yang terbaik
bukan hamba yang soleh
masih belajar menjadi orang yang baik
sering juga aku rebah berdepan dengan ujian
namun dalam doaku agar diberikan oleh ALLAH
seorang yang boleh menegurku
saatku jatuh dan saatku susah
setia bersama bukan kerna rupa,harta
biarlah ianya menjadi cinta kerana agama.


insyaAllah 
buat mereka diluar sana aku doakan yang terbaik
buat kalian,bisa menemukan jodoh yang paling sesuai
berdoalah selalu agar jodoh berpanjangan.

Wanita yang baik untuk laki laki yang baik dan sebaliknya
Persiapkan diri anda dengan sebaiknya untuk mendapat yang terbaik.

Ini ceritaku,
cerita anda bagaimana?
kongsikan bersama kami :D

Assalamualaikum
ai...

Sunday 25 August 2013

SEGMEN MERDEKARAYA by Syira Lokman

Assalamualaikum
bersua lagi kita di blog ambo ini hehe
alik alik muka sama kan 
sedang duk asyik scroll facebook tadi terjumpa link
seorang blogger buat Segmen MerdekaRaya by
Syira Lokman
apa lagi seronoklah hehe


 


Start 24 Ogos 2013 hingga 31 0gos 2013 !

1. Buat entry bertajuk SEGMEN MERDEKARAYA by Syira Lokman.
2. Follow blog syiralokman dan like page PaBiLa-DuA-bLoGgEr-BeRgAbUNg
3. Letakkan banner di atas dan linkkan ke entry ini.
4. Tulis secara ringkas makna Raya dan Kemerdekaan yang indah bagi anda. 
5. Tinggalkan link segmen korang di ruangan komen.
Hadiah :

SEMUA blog yang join akan difollow dan 3 blog yang terpilih akan direview.


Di akhir segmen ni,Syira akan listkan semua blog yang join dan lepas ni,boleh la ramai2 blogwalking ye ^_^ mana tau kot lepas ni ramai follow blog anda :D
Terima kasih yang sudi support..

Itulah kata2 aluan dari cik syira kita ini

So aku juga kena lengkapkan syaratnya iaitu 
apa makna Raya
Raya itu ataupun hari raya adalah hari kemenangan
umat Islam bagi meraikan usaha dan penat lelah berpuasa sebulan
dalam bulan Ramadhan
bagi sama sama merasai kesusahan dan melawan hawa nafsu.
dan yang paling seronok dpt duit raya :P
dapat main mercun,dpt makan kuih raya ,
dpt jumpa semua saudara ,bla,bla
byk sgt nnti cik syira marah pulak haha

Kemerdekaan pula?
kemerdekaan juga satu kemenangan satu kebebasan yang diraih dengan pengorbanan. 
Pelbagai rintangan dilalui bagi menggapai sebuah kemerdekaan
dan kemerdekaan diri pula bermakna bebaskan diri dari segala
perasaan malas.
Bebas dari dijajah oleh budaya negatif yang 
patut dilanyak oleh anak muda.

Sekian sahaja

Selamat bersegmen semuanya

goodluck 

Assalamualaikum
ai...

Start 24 Ogos 2013 hingga 31 0gos 2013 !

Lagu Ciptaan Aku : Takdir

Sebenarnya lagu ni
tercetus dengan spontan sahaja
sebab itu liriknya agak kurang jelas hehe
kita pulak tak pandai nak 
main gitar so xde la music for this song
ditambah pula suara tak sedap
kalau sumbang tu harap tak baling batu kat
lappy or pc korang ye haha
diharap dapat bersabar

video ini untuk tontonan umum
tetapi utk yg mengalami sakit jantung
sila letak kapas di dalam telinga anda
takut terkejut nanti :P

enjoy this video okay :D
Takdir by me:
                                  

Saturday 24 August 2013

Tips Menghadapi Gagal Peperiksaan

Assalamualaikum semua pembaca
ibu,emak,ummi,abah ayah 
adik,abang ,kakak dan semua 
sebelum itu marilah kita mengucapkan syukur kepada 
ALLAH S.W.T
kerana terus memberikan kita nikmat yg sgt byk
yg tak dapat kita balas .
dan harapan saya semua pembaca sihat2 semuanya :D


Hari ini saya akan kongsikan
 Tips menghadapi gagal peperiksaaan

Pelik tak? biasanya orang akan berkongsi tips kejayaan
bukan?
Jangan risau kegagalan itu juga sebenarnya nikmat dan ujian
dari ALLAH S.W.T buat kita .
Sebagai org yg bukan pintar dan malas pastinya saya org yg selalu
mengalami kegagalan 
dari sekolah rendah hingga lewat habis diploma.
Namun pengalaman yg sy dpt akan sy kongsikan bsama dgn anda
demi kejayaan kita bersama.

Tips yang paling penting:
Jangan terus menyerah kalah!!! 
ayuh bangkit mencipta kecemerlangan!!!

                               Firman ALLAH S.W.T :
Maksudnya :Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka sendiri mengubah keadaan diri mereka sendiri.
                                                              (Surah Ar Ra'd :11)
                                                                        


Antara syarat melakar kejayaan :

1.Kembali kepada ALLAH S.W.T
kalau sebelum ini kita seorang yang mls melakukan amal ibadat segera bertaubat  dan cepat2 tunaikan segala perintah ALLAH dengan hati yang ikhlas.
- rajin rajinkan diri solat berjemaah 
-sering melakukan perkara perkara sunat seperti solat hajat
solat dhuha dan tahajud mlm
-puasa sunat isnin khamis
2.Kenal pasti kegagalan
ramai yang tak mengenalpasti punca kegagalan
jadinya kita kenal cari faktornya adakah sbb malas?
kurang kefahaman tntg subjek?kurg latihan?
atau sbb faktor hbgn dgn ibu bapa?
3. Cara study dan pemakanan
Gaya study sgt pntg utk pelajaran kita ,kerna ianya membantu kefahaman dan ingatan utk kita gunakan dlm pelajaran.
Cara study yg baik spt:
-study group tp mestilah dlm group yg kecil takut tak belajar pulak
-study smart (cari org yg pandai utk ajar kita dan minta tunjuk ajar)
-belajar dlm suasana yg tenang ( sambil2 dgr ceramah pon okay )

pemakanan:
pemakanan faktor penting utk otak dan minda kita cerdas
pastikan kurang pengambilan makanan yg kurang pasti hasilnya
kurang zatnya
amalkan pemakanan sunnah Nabi
spt :
-amalkan kismis dan madu (byk produk skg ni eg :jus kurma,just tok guru )
-amalkan makanan tmbhan (ex vitamin, saya sndri gunakan coklat minda)
- dan sebarang makanan yang baik nutrisinya

4. Beriadah
Beriadah sangat penting utk perkembangan otak dan tubuh badan yang cergas.
Apabila otak dan badan berada dlm keadaan yg baik smgt utk belajar pula akan bertambah
at least dalam seminggu 3 kali pon dah cukup 
jangan malas keluarkan peluh.

5.Fokus dalam kelas
Seperti mana mana motivator saya menyokong fokus di dalam kelas adalah faktor yg menyumbang utk kejayaan.
Cuba utk fokus dalam class,kalau rasa mengantuk sangat bawa gula2 dan minta izin utk mkn.


banyak lagi tips utk dikongsikan tapi rasanya sudah memadai
utk tahu lebih lanjut anda boleh bertanya nnti :

Tapi apa yg plg pntg adalah hubungan kita dgn ALLAH S.W.T
hubungan dgn ibu bapa dan org yg terdekat dgn kita.
Itu adalah faktor utama kejayaan sebenar.
Walaupun jutaan kegagalan pernah kita lalui
jangan pernah menyerah kerana kegagalan itu ujian utk menguji sejauh mana kekuatan kita.


ada orang memang dilahirkan sudah pintar ,
bagi kita yg biasa2 ini harus memberi usaha yg luar biasa
insyaAllah kejayaan akan tercetus.

solat tahajud ,hajat dan dhuha 
merupakan ramuan istimewa dlm kejayaan
lakukan dengan istiqamah 
insyaAllah anda akan berjaya dunia dan akhirat.

Apa yg pntg jgn malu dgn diri sendiri
dan yakin dgn diri,jgn pula terlalu yakin.
aku pernah ditanya oleh seorang pensyarah :

 Lecturer : awak yakin boleh lulus subjek saya?
    rasanya macam tak boleh je
Aku : InsyaAllah saya akan buat yg terbaik
aku nekad utk buktikan aku tak bodoh

bukan nak riak dan bangga ,alhamdulillah Allah berikan aku 
keputusan yang baik .
p/s: kejayaan itu milik setiap insan, bezanya bagaimana
kita bawa diri ke gerbang kejayaan
ada yang melalui jln mudah
ada yg melalui jln sukar
kpd yg tak mdh menyerah dgn kegagalan
anda adalah pejuang yg sebenar.

Assalamualaikum
ai...

 

 



Friday 23 August 2013

Munajat Hamba : Tangisan dalam Doa

Assalamualaikum kepada semua pembaca travelog ini
kali ini aku ingin menyapa kalian dengan satu perkongsian 
cerita antara kita dan cinta kita untuk pencipta iaitu 
ALLAH S.W.T

Pastinya ramai yang pernah berdoa bukan?
nampak mudah tapi susah buat mereka yang
tak beramal dengannya
kerana doa itu senjata orang mukmin 
dan indahnya Islam ini dalam setiap perbuatan dan aktiviti seharian kita dilengkapi dengan doa 
nak masuk tandas ada doa,nak tgk cermin ada doa
hatta nak pakai baju pon ada doa 
doa itu harapan bagi kita orang Islam yang mengharapkan semata mata pertolongan dari ALLAH S.W.T
namun doa itu perlu disertakan dengan hati yang ikhlas dan bersungguh sungguh mengharapkan pertolongan dari ALLAH.

doa yang dilakukan secara main main takkan memperoleh kemanisan beribadah dan kita sendiri takkan merasa kehebatan doa itu lantaran tiada redha dan rahmat kasih sayang Allah bersamanya.
Pernah tak seumur hidup anda,anda menangis ketika berdoa?

orang yang benar benar mengharapkan kasih sayang dari Allah akan menginsafi setiap perbuatannya dan merasakan hanya Allah Segala Penguasa.

Firman Allah S.W.T 
maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman : "Berdoalah kepada-Ku,nescaya Aku perkenankan untukmu 

                                                                                                      (Surah Ghafir 40 : 60)

Mukmin yang hebat akan sentiasa berdoa dan bermunajat kepada ALLAH dalam susah ataupun senang kerana dia yakin hanya Allah yang mampu memberi dan menarik balik tiap sesuatu nikmat yang diberikannya.

Syarat untuk doa makbul :
1. menjaga makanan dan minuman supaya tidak terambil yang haram dan yang syubhah
2. Harta yang digunakan jelas bersih dan halal punca pendapatannya
3. tidak melakukan perbuatan maksiat
4. hindarkan fikiran daripada perkara perkara yang tidak baik.

Dan tanda tanda doa dimakbulkan?
1. Terasa sesuatu yang menakutkan
2.menangis tatkala berdoa (bukan dibuat buat)
3.terasa menggeletar beberapa ketika semasa berdoa.

Kenapa kita boleh mengeluarkan air mata tatkala berdoa?
air mata itu tanda kerendahan hati kita berdoa kepada Allah dan kita sebagai hamba tiada daya upaya melainkan pertolongan dariNya.
seperti juga di dalam solat mukmin yang memahami dan menghayati apa yang dibacanya ketika solat akan mengalirkan air mata mengagumi keagungan Allah .
dan tangisan hamba itu juga satu nikmat dari Allah buat hambanya yang betul2 berharap kepadaNya kerana tangisan itu tak dapat diperoleh oleh mereka yang bersahaja di dalam berdoa.
Ianya memerlukan kesungguhan dan keikhlasan serta kekhusyukan
yang tinggi .



Apa yang terjadi jika kita menangis ketika berdoa?
Bagi yang sudah merasanya ianya seperti kenikmatan,kepuasan beribadah yang mana takkan dapat dibeli dengan wang malahan kemewahan.

Dalam beribadah itu memerlukan keikhlasan 
dan kemudian kekhusyukan akan datang bersamanya.

Aku bukan orang yang paling layak utk bercakap soal ini
hanya sebagai perkongsian
andai tersalah kata 
mohon ditegur
yang baik itu semuanya datang dari 
ALLAH S.W.T
dan yang buruk itu datang dari aku sendiri

semoga kita semua memperolehi apa yang dihajati.

Assalamualaikum
ai...
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...