JellyPages.com

Wednesday, 21 August 2013

Diari Siswa : Pengalaman Berpersatuan (UiTM Dungun)

Mengimbau kembali kenangan di sekolah aku bukanlah pelajar yang begitu aktif dalam persatuan dan di sekolah.
seingat aku hanya pernah terlibat dengan kelas tahfiz,jadi ketua kelas,st john ambulance
dan pengawas pada akhir akhirnya 
persembahan pertama kami haha

itupon hasil support dari mak angkat iaitu ustazah mimi dan guru2 yang nak aku aktif hehe.

Tapi bukan itu yang ingin aku ceritakan 

entri kali ini berkisahkan pengalamanku bersama persatuan yang telah dianggap sebati dengan diri 
yang telah banyak ku habiskan masa bersama hampir 3 tahun dah macam keluarga sendiri.

Ini pengalamanku ketika diperingkat universiti
Semester 1
Satu satunya kelab yang aku wakili iaitu Group Entertainment of Muslim Arts
ataupun lebih dikenali sebagai GEMA.
untuk makluman gema merupakan kelab hiburan Islam or Islamik yang berlatar belakangkan nasyid dan kompang suatu ketika dahulu
memandangkan minat aku kepada nasyid sejak sekolah tapi kat sekolah malas nak join haha
menarik minat aku untuk join kelab nasyid di universiti walaupun suara ke laut
kebetulan ketika itu gema sedang mengadakan uji bakat untuk mencari pelapis
alhamdulillah kami semua diterima masuk dan menjadi ahli gema 
kerana kekurangan ahli aku menarik kawan2 ku untuk turut serta 
dan berjaya menarik sebahagian dari kawan2 ku untuk join nasyid walaupun
ada diantara mereka yang tak tahu apa itu nasyid dan tak pernah dengar pon nasyid
tapi sebenarnya mereka ini berbakat dan ada bakat tersendiri.
kami pula dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan gema 
sempena Fiesta 1 UiTM Dungun
first time masuk pertandingan kena perform depan orang rmai

Abg Aiman perform hehe

nervous kot haha training pulak sendiri2 je hehe
Alhamdulillah semuanya berjalan baik ,ada diantara team kitaorang yang berjaya mendapat tempat ketiga
jangan tanya team aku dpt no berapa haha jauh tersasar.

Semester 2
Semester yang mengujakan hati ini tahu tak sebab apa?
kitaorang akan mengadakan lawatan ke Hijjaz Record!!
tak pernah terfikir pon akan dapat ke sana macam impian jadi kenyataan hihi

alhamdulillah ketika ke sana berpeluang jumpa dengan abang manis helma yang banyak membuat lagu nasyid,one of famous song writer.
banyak jugak input kami dapat.
Yang bestnya lagi masa lawatan dapat jumpa dengan alumni gema 
waa masing masing hebat hihi malu plak kita.
banyak pengalaman dikongsikan ,tak pasal2 kena suruh nyanyi depan ramai2 haha 
kena buli .
DiMuzium Islam hee nak tembak siapa tu?

dan semester ini juga kami mula diberi kepercayaan untuk bersama senior mengadakan persembahan sekitar kampus.

Semester 3
Golden semester for me , banyak event yang dirancang dan perlu dilaksanakan.
Antaranya ialah pertandingan nasyid, majlis berbuka puasa,agm, dan macam macam lagi.
dan ini juga kali pertama bertindak sebagai exco untuk some of event peluang untuk menimba pengalaman baru hehe.
Alhamdulillah pertandingan nasyid yang diadakan sebelum Ramadhan mendapat sambutan daripada sek men sekitar dungun dan juga pelajar2 untuk inter uitm.
ini cukup melegakan kami sebagai organizer dan aku sebagai orang baru.

Kali ini aku bertindak sebagai exco perhubungan or exco ict media kalau tak silap hehe.
Seterusnya event majlis berbuka puasa yang dijalankan bersama dengan pelajar anak2 yatim sek rendah sekitar dungun, pengalaman baru meraikan adik2 yang bertuah ini walaupun aku sebahagian dari mereka.
semuanya juga berjalan dengan lancar sehingga akhir majlis
mereka juga turut terhibur dengan aktiviti2 yang kami jalankan hehe
terasa gembira saat melihat senyuman yang terpancar dari wajah mereka.
majlis berbuka puasa dgn adik2 hehe


Sem ini juga aku bertindak sebagai exco kerohanian untuk gema dan berpeluang berkolaborasi bersama exco2 persatuan lain bersama mpp untuk program ihya ramadhan
mengadakan qiamullail,singgah sahur dan sebagainya
sem yang sangat sibuk dengan aktiviti.
dan sem ini juga menyaksikan pemilihan baru jawatankuasa  gema
mng booth terbaik utk agm :D

di akhir sem program terakhir iaitu bbq gema sekali lagi ditugaskan untuk menjadi exco aktiviti 
waa seronok dapat bkumpul dengan semua senior dan juga adik2 baru 
dapat baju baru lg dengan kak iqa and the geng sama pulak tuh hihi

dan di bbq ini jugalah undian untuk ydp baru telah dibuat 
dan suatu keputusan yang tak disangka
di akhir bbq selepas kebanyakan ahli balik ke kolej masing2
kami ajk utk bbq diminta utk tinggal bagi mdengar hasil undian dan amanat2 akhir ydp dan senior2 yang bakal grad.
Nama yang terpilih diumumkan , tiba2 kedengaran saudara khairulanwar ismail
Allah , mahu tak terkejut ,tak menyangka aku yang bakal dipilih 
sememangnya ramai yang calon yang lebih layak dan siapalah aku kalau nak dibandingkan dengn mereka.
tiada faktor hebat dan sebagainya dan ketika itu pula diminta menyampaikan ucapan
memang agak terkejut dan tak tahu nak cakap apa hehe
persembahan di mrsm kuala berang hehe

suatu tugas berat menanti ku .

di akhir sem ini juga kami mendapat jemputan pertandingan Fiesta Muda Mudi UiTM Shah Alam
satu satunya pertandingan yang kami sertai ,pening juga masa ni nak handle persediaan ke sana
kali pertama juga bagi kami menyertai pertandingan luar kampus
banyak yang berlaku sepanjang kami ke sana ada yang manis ada yang pahit .
Di Fiesta ini juga kami berganding dengan pelapis2 baru dan lama hehe macam artis dah rasa
walaupun tak menang pengalaman itu yang kami cari.
kontinjen tganu sirah muzikal

Dalam pada itu Aalia dipilih sebagai nydp ,orangnya hebat punya karakter tersendiri
walaupun aku tak mengenalinya rapat
pening kami nak memlih exco2 baru dan hasil mesyurat bersama exco2 yang lepas 
alhamdulillah kami dpt senaraikan muka baru dan muka lama bagi kepimpinan yang akan datang.
dan ketika ini jugalah terbentuk jawatan baru iaitu nydp siswa bagi memantau perkembangan pasukan nasyid.
fiesta muda mudi shah alam haha


Semester 4
Semester yang bakal menjadi kenangan seumur hidupku ,semester yang penuh dengan ujian dan dugaan.
Kepimpinan mula tercabar dengan di uji dengan beberapa isu.
Alhamdulillah semester yang dipenuhi dengan aktiviti dan kem
pada permulaannya kami mengadakan kem kepimpinan untuk ahli2 baru untuk bersedia dengan suasana persatuan dengan kertas kerja dan bagaimana untk menjadi pemimpin
dan turut kami undang faci dari unisza iaitu kawan kepada aalia

modul yang cukup baik dari mereka ,dan mereka sangat terlatih dengan event sebegini.
Selepas itu kami adakan agm, open day dan aktiviti asas persatuan 
sem ini merupakan sem yang agak busy bagiku dengan adanya meeting bersama mpp dan sebagainya 
dan perancangan strategik persatuan dikenalkan setiap pimpinan persatuan perlu tampilkan 
dan membentangkan future plan persatuan mereka.
di akhir sem ini juga aku dan adib dan beberapa teman yang lain dihantar ke kursus pra mpp 
walaupun pada akhirnya tak jadi mpp pon last last minute pulak tuh.
geng kuiz sirah dan hafazan menang tempat ke-3 hihi

bersama dengan pemimpin persatuan dn jpk uitm seluruh semenanjung.
dan sem inilah yang menjatuhkan kembali fokus pelajaranku 
dan ianya bukan salah persatuan tapi merupakan salahku sendiri kerana
tak berjaya membahagikan masa dengan sebaik baiknya .

entri ini akan bersambung hehe
insyaAllah
 ukhwah gema selamanya :D

Assalamualaikum 
ai


4 comments:

  1. wuuuu~~ kawannye hebat la.
    manyak event ea..bagus btul.
    feel great dpt baca pnglaman hang. haha
    Aiman!! ahh still tersimpan dlm hati nak jmpe Aiman. apakah daya.. haha :p

    ReplyDelete
  2. haha mana ada biasa2 sahaja ,ramai lg org yg hebat kot dalam psatuan2 ni
    btw terimo kasih ceq ucapkan hahah
    ala aiman tuh ada jodoh jumpa la dia ,xpon nnti hang kahwin jemputlah dia buat show hihi

    ReplyDelete
  3. ouhh ea.. haha samo samo dehh..
    hoho banyak duit nak jemput aiman buat show..haa, org jemput hang je la dehh. harga kawan2 free laa.. ngee~~
    pe susah ptptn kn de.. haha
    benci la tgk iklan ptptn. =.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah ajak orang hujan la jwabnya nanti , kilat petir sabung menyabung hahaha ,

      ala apa susah ptptn kan ado?

      meme ado lah hihi nk bt camno nk tak nak kena pinjam bg yg tak mampu
      yg pandai untung dpt tukar jd biasiswa hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...