JellyPages.com

Monday 19 January 2015

Dengan kuasaMu Nur One - New Cover

Assalamualaikum
   Sempena nak praktikal ni 
kita kasi cover satu lagu
walaupun suara xsedap layankan aje buat dua tiga saat haha
Lagu : Dengan kuasaMu
 

Monday 5 January 2015

Banjir Kelantan 2014: Banjir Terburuk selepas 1967?

Banjir Kelantan: Satu Pengalaman Baru
Rabu 24/12/2014
Pada paginya kami sekeluarga bertolak dari Kuala Terengganu menuju ke Kota Bharu
Sepanjang perjalanan turut memikirkan apakah banjir di Kelantan sudah surut 
Melihatkan pemandangan dan jalan jalan yang kelihatan tenang mengisyaratkan seolah olah banjir sudah tidak ada. Bisik hati kecilku alhamdulillah.
Seusai sampai di rumah di wakaf che yeh semuanya masih normal, kami mengisi perut dengan nasi ala kak wok yang dibeli di pasir putih.
Petangnya selepas balik dari rumah tok mek gelaran nenek bagi orang kelantan air sudah mula kelihatan di parit belakang rumah namun sangka ku itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Sehinggalah tika mana aku dikejutkan oleh ma hampir pukul 10 malam.
Ma : Meh g tengok air kat ghetok ( jambatan) baru tepi rumah
Aku : air mano pulak ? ( tengah mamai lagi masa tu)
Lantas aku bangun dan ke dapur, pada masa tu lah saat yang mengejutkan air sudah mula kelihatan di belakang rumah jiran dan rumah kami.
Agak terkejut ketika itu dan ma terus alihkan kereta ke tebing.
Minit ke minit, air mula naik 

 Lama kelamaan air pada mulanya dari buku lali naik hingga ke betis 
Ketika kami cuba menyusun apa yang mampu, ada seekor ular senduk sempat menyusup masuk 
mujurlah sempat diusir keluar. Waktu itu sudah hampir jam 2 pagi melihatkan air yang gayanya tidak surut lalu ma menelefon uda untuk mengambil kami.
Lalu kami ambil beg mana yang patut lalu mengarung air untuk ke rumah tok mek.
Hanya bertawakal kepada Allah semoga semuanya dapat diselamatkan
Hampir jam 5 pagi kami tersedar, bekalan eletrik dipotong bagi memastikan tiada kejadian buruk yang berlaku. Ketika itu juga bekalan air turut dipotong.
25/12/14
Air di dapur rumah tok mek pula mula dinaiki air 
Masing masing hanya mampu melihat air yang makin naik
Pada paginya air masih kelihatan
Melihatkan air yang sudah mula berlegar di kawasan rumah, kami ke rumah kami di kg ijuk untuk melihat keadaan disana

Gambar yang sempat kami snap pada hari kedua 
Rumah sudah dinaiki air kira kira paras pinggang ke dada.
Seterusnya bekalan sudah terputus,bekalan makanan di kedai2 runcit hampir habis dibeli orang ramai akibat masing masing panik.
Rata rata mencari bekalan makanan dan air yang bersih untuk bekalan sepanjang banjir ini.
Kejadian banjir air hulu ini jarang berlaku di kawasan rumah kami biasanya kalau banjir pon disebabkan air hujan yang melimpah. 
Kata orang kami kali terakhir banjir teruk melibatkan air hulu pada tahun 1967, hampir 47 tahun yang lalu.
Dari hari ke hari kami terpaksa mengarung air ke rumah cik ani untuk khara air telaga bagi mendapatkan bekalan air bersih bagi tujuan memasak, mandi dan sebagainya.
Kami tidak ke pusat pemindahan banjir kerana di sana sudah mulai sesak dan bagi keutamaan pada mereka yang lebih memerlukan.
Pada malamnya pula kami terpaksa mencatu lilin kerana bekalan lilin sudah kehabisan.
Kata tokmek, teringat pula cerita orang lama pasal zaman jepun hehe sempat berjenaka.
Bekalan dan bantuan pula agak terhad di sini , kalau ada pun daripada ngo dan orang persendirian setempat yang banyak membantu orang tempatan.
Ada juga yang menghulurkan tepung, minyak, biskut dan sebagainya.
Terima kasih kami ucapkan.
Kepada saudara Fizo Omar, saya ucapkan terima kasih kerana banyak membantu dengan menghulurkan sumbangan kepada orang ramai.
Hikmah banjir, Allah bagi peluang merasa daging oblong hot burger hehe.
Hampir enam hari kami terperangkap dengan banjir.
Apa yang mengujakan melihat bantuan yang disampaikan melalui helikopter, orang ramai berlari untuk mendapatkan bekalan makanan di padang taman guru.
Hebat kuasa Allah menguji hambaNya.
Bak kata orang kampung, Bos ambo baru piat sebatang lidi jah, kalau banyak habis kelate ni.
Maksudnya Allah baru bagi sedikit je daripada kekuasaanNya.
30/12/14
Air mulai surut di kaki lima rumah. Lalu kami bergegas ke rumah kami di ijuk untuk melihat sendiri keadaan rumah disana.


Awas!!!
Berhati hati ketika melakukan proses pembersihan ketika banjir kerana keluarga saya sendiri mengalami situasi, hampir 4 ekor ular berada di dalam rumah.
Periksa dulu almari, tilam, tikar dan sebagainya bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini.
Bagaimanapun kami bergegas balik ke kuala terengganu sebaik sahaja jalan ke k.t dibuka dan boleh dilalui kerana mengejar tarikh peperiksaan yang bermula pada 4 hb.


 Kata kata : Allah hadirkan ujian buat rakyat Malaysia dari segi musibah bagi kita ambil ibrah dari apa yang berlaku. Mungkin ianya sebagai satu teguran bagi kita yang kian lupa.
2014 tahun ujian Malaysia bakal menjadi satu kenangan besar buat warganya.
Banjir Kelantan mungkin saja terjadi kerana aktiviti pembalakan atau sebagainya
itu pakar sahaja yang boleh mengulasnya.
Namun bagi aku hamba biasa cukup banjir ini sebagai iktibar bagi kita memperbaiki diri dan berhenti menyalahkan orang lain. dan mula muhasabah diri.
Jangan lupa hulurkan bantuan buat mangsa banjir tak kira di johor, pahang , perak, kelantan, terengganu, sarawak dan lain lain.
Paling mudah kirimkan doa buat mereka dan petugas2 moga mereka diberikan kekuatan, dan semangat oleh Allah bagi membantu orang lain yang dalam kesusahan.
Paling tidak kita dapat melihat hubungan yang baik tak kira agama dan bangsa dalam tahun ujian ini.
Last Sekali.
Selamat berjaya diucapkan kepada sahabat sahabat yang turut sama mengalami banjir. Moga diberikan kefahaman dan kekuatan.
Semoga Allah membantu kita.
Bittaufiq Wannajah fil imtihan. ( Semoga berjaya dalam peperiksaan)
La Tahzan InnAllahamaana.( Jangan Bersedih, Allah bersama kita).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...