Assalamualaikum
Mesti ramai yang tengah pening bila
cakap pasal jodoh
nak nak yg tengah bercouple atau yg sdg menjalinkan
hubungan.
Fikir dengan siapa aku bakal kahwin
ada yang bercinta bertahun2 pon sampai
masa putus ditengah jalan pon ada
tapi kita tak boleh salahkan takdir
takdir yang menemukan dan menentukan
dengan siapa bakal kita kahwin.
dan itu sudah ditulis di dalam Luh Mahfuz sama ada
ajal mahupun jodoh.
Ramai yang tengah tersenyum teringat cinta monyet
masing masing kan :P
Yang memilih untuk bercinta dahulu pon ada
katanya nak kenal dulu pasangan.
yang berakhir dengan jinjang pelamin aku ucapkan
alhamdulillah dan tahniah
tapi ramai juga yang terkandas di tengah jalan dek kerana
ingin mengenali :P
Ada juga yang tak pernah bercinta pon
dan tak pernah kenal
terus memasuki alam perkahwinan
tapi alhamdulillah perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.
Pasti aku kagum dengan perkahwinan sebegini.
Lihat sahaja kisah Rasulullah S.A.W sendiri
Baginda berkahwin dengan Saiditina Khadijah
dek kerana akhlak yang sangat terpuji
Saiditina Khadijah jatuh cinta dengan akhlak baik Nabi.
Sangat menjadi Inspirasi buat semua Umat Islam .
Dan hadis yang mengatakan wanita dikahwini kerana
empat perkara :
Daripada Abu Hurairah r.a katanya,"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara: Kerana hartanya,kerana keturunannya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya
Maka utamakanlah agamanya niscaya engkau akan bahagia".
Mereka yang faham agama pastinya akan memilih
cinta selepas kahwin kerana ianya lebih manis dan tidak dikotori dengan hawa nafsu dan sebagainya.
Malahan jika perkahwinan itu disandari atas dasar
agama insyaAllah ianya akan mempunyai ikatan yang sangat baik dan dengan izin ALLAH akan berkekalan hingga ke jannah.
Sebagai orang muda aku pon tak terkecuali
memikirkan soal perkahwinan kerana kita juga perlu
merancang masa depan di sebalik menunggu takdir jatuh ke riba.
Ianya salah satu usaha dan kalau cerita soal jodoh ni
ma awal2 lagi dah bagitahu carilah yang dekat2 bimbang kalau duk jauh2 hehe tapi jodoh itu milik ALLAH
kalau sudah ditentukan yang dekat kita kena terima
kalau ditakdirkan yang jauh pon kita terima sahaja.
Kalau jauh meriah sikit nanti raya
anak2 boleh merasa jalan jauh2 haha
Aku juga bukanlah insan yang memilih bab jodoh ini,
kerana sedar aku juga bukanlah yang terbaik
bukan hamba yang soleh
masih belajar menjadi orang yang baik
sering juga aku rebah berdepan dengan ujian
namun dalam doaku agar diberikan oleh ALLAH
seorang yang boleh menegurku
saatku jatuh dan saatku susah
setia bersama bukan kerna rupa,harta
biarlah ianya menjadi cinta kerana agama.
insyaAllah
buat mereka diluar sana aku doakan yang terbaik
buat kalian,bisa menemukan jodoh yang paling sesuai
berdoalah selalu agar jodoh berpanjangan.
Wanita yang baik untuk laki laki yang baik dan sebaliknya
Persiapkan diri anda dengan sebaiknya untuk mendapat yang terbaik.
Ini ceritaku,
cerita anda bagaimana?
kongsikan bersama kami :D
Assalamualaikum
ai...
Siapa jodoh sy ? Allah knows well ..
ReplyDeletehehe betul2 ALLAH lebih Mengetahui
Deleteapa yang tinggal persiapkan diri jadi yang terbaik utk dpt yang terbaik
Allah yang tahu segalanya... *_^
ReplyDeletehehe betul2 ALLAH lebih Mengetahui
Deleteapa yang tinggal persiapkan diri jadi yang terbaik utk dpt yang terbaik :D
Assalamualaikum... saya br saja nampak blog nie... saya nak minta pendapat sikit dari saudara boleh tak? Saya selalu bertemu dengan seseorang yang sudah berkhawin dan yang bergelar suami orang . Saya tak tahu kenapa saya selalu dipertemukan dengan orang-orang yang sebegitu. Saya nak minta pendapat macam mana nak jauh perasaan saya agar saya tidak tersalah memilih cinta. Saya harap saudara boleh beri sedikit pendapat...:-)
ReplyDeleteWaalaikumussalam w.b,t terima kasih pertamanya sudi berkunjung ke blog saya :).
ReplyDeleteUntuk soalan saudari mungkin saya bukanlah orang yang tepat untuk membicarakannya tapi insyaAllah saya akan kongsikan sekadar yang termampu :)
Situasi yang saudari hadapi mungkin sahaja secara kebetulan ataupun ianya ujian dari ALLAH S.W.T.
dan dalam Islam tak salah pon untuk bermadu . Tapi kena mengambil faktor bakal suami itu mampu bersikap adil dgn para isterinya.
dan ianya sangat perlu dititikberatkan antara suami dan isteri .
Saudari pon lebih arif saya kira hehe.
Cinta itu fitrah setiap insan bukan? Kalau sudah ditakdirkan antara dia dengan kita lari ke hujung dunia sekalipun tetap akan bersatu.
Untuk membuat pilihan saudari rajin rajinkanlah lakukan solat sunat istikharah
minta bantuan daripadaNya. luahkan hasrat hati saudari.
insyaAllah ALLAH akan berikan petunjukNya melalui hati dan perasaan atau mimpi.
yang paling dekat di hati itu insyaAllah pilihannya.
saya nak komen lebih2 pon saya hanya insan biasa hehe :)