Assalamualaikum buat semua
readers yang handsome,comel lagi awesome
dan bersua lagi kita di hari ini
Alhamdulillah pastinya ucapan syukur itu buat Allah S.W.T
yang telah memberikan pelbagai nikmat yang sudah pasti
tak terbayar oleh kata kata.
Hari ini aku nak sentuh sikit soal amar ma'ruf nahi munkar
apa itu?
maksudnya menyeru kepada kebaikan dan melarang atau meninggalkan keburukan atau kejahatan.
ALLAH S.W.T berfirman :
maksudnya : Dan terdapat antara kamu suatu golongan yang menyeru kepada kebaikan,menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat. Mereka itulah orang yang berjaya
(berbahagia)
(Surah Ali Imran 3:104)
Dan aku memilih kisah sahabat Nabi Muhammad S.A.W
untuk dikongsikan bersama.
Kisah Umar dan Si Penjual Susu :
Khalifah Saidina Umar al-Khatab r.a pada zaman pemerintahannya sering membuat rondaan pada waktu malam untuk meninjau keadaan kehidupan rakyatnya.
Pernah suatu ketika beliau sampai ke sebuah rumah. Disitu
ibu dan anak perempuannya sedang bergaduh tentang susu yang ingin dijual sama ada hendak dicampur air ataupun tidak.
Seandainya orang lain tidak nampak,maka hendaklah
ia yakin ALLAH memerhati gerak laku dan tindak tanduknya.
Diringkaskan cerita si anak tadi berkata walaupun Saidina Umar tidak nampak perbuatan mereka,namun Tuhan kepada Saidina Umar nampak apa yang ingin
mereka lakukan.
Maka hasrat untuk menipu dilupakan begitu sahaja.
Maka hasrat untuk menipu dilupakan begitu sahaja.
Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat
SubhanAllah ,alangkah indahnya andai setiap manusia melakukan perkara seperti demikian.
Jika Allah sentiasa berada dekat dihati ,insyaAllah setiap dari kita dapat melaksanakannya dan beramal dengannya.
tinggalkan komen anda atau share entry ini andai ianya bermanfaat.
Assalamualaikum
a.i ...
No comments:
Post a Comment