JellyPages.com

Monday 21 July 2014

Smart Phone vs Semak Phone

Assalamualaikum Everyone!
Mutakhir ini chewahh, kita sering terdedah dengan perkembangan gajet gajet yang semakin maju dan canggih. Perkara ini sudah tidak asing dalam kalangan masyarakat ataupun orang putih panggil society.
Perkembangan ini sebenarnya selari dengan arus moden yang memerlukan kita mengakses maklumat dimana sahaja kita berada. Ini kerana masyarakat global memerlukan teknologi ini untuk terus mengoptimakan kualiti hidup mereka. Yang businessman sibuk mengupdate business matters mereka, yang sukakan fashion sibuk mengupdate fesyen fesyen yang terkini. 
Smart Phone :
Smart phone ini mula dikenali diakhir tahun 2011 dan bermula kefamousannya diawal 2012 kalau xsilap akulah. Kalau salah mohon sifu sifu smart phone betulkan alright?
Kebiasaanya smart phone ini dilengkapi dengan ciri ciri futuristik seperti system android untuk android phone dan iphone pula memiliki systemnya yang tersendiri.

Selain itu ianya turut dilengkapi dengan touch screen yang smooth, interface yang menarik, gps yang memudahkan orang ramai, music player, usb 2.0 or 3.0, kalau android free system seperti playstore, kalau iphone user kena bayar kot. 
Yang pastinya para pengguna yang gemarkan media sosial boleh mengaksesnya pada bila bila masa yang mereka suka seperti facebook, twitter, instagram,whatsapp,wechat dan banyak lagi.
 Media sosial yang disambungkan terus dengan peranti ini memudahkan lagi penyebaran maklumat dan isu isu yang boleh diupload terus.
Yang penting guys, korang kena ada internet haha.
Dalam banyak banyak kelebihan smart phone ini ada satu kelemahan yang memang diakui ramai penggunanya.
 Apakah kelemahan yang terdapat pada phone ini sebenarnya?
Sudah tentu fungsi batterynya yang agak mengecewakan buat ramai pengguna.
Dek kerana multifunctional sudah pasti smartphone memerlukan jumlah tenaga yang agak banyak.
Oleh itu pengguna smartphone memerlukan powerbank untuk terus kekal aktif bersama smart phone yang mereka sayangi ( dah macam iklan milo ke 100 plus haha).
Oleh itu, pilihan ditangan anda.
Bagi mereka yang kerap menggunakan dan tak boleh terpisah dengan smart phone, pasti pineng powerbank menjadi sasaran anda (tetiba) haha.
Jumpa lagi di episod akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...