JellyPages.com

Sunday, 4 August 2013

cinta anak muda pada siapa?

assalamualaikum buat semua , selamanya ucapan syukur kpd ALLAH S.W.T kerna telah memberikan kita ruang dan nikmat untuk terus hidup di atas dunia ini ,mendidik kita dengan ujian dan berusaha ke arah kehidupan yang abadi iaitu akhirat.


Sebenarnya kekeringan idea untuk menulis tentang sesuatu namun kerna sudah lama tidak melepaskan sesuatu dari blog ini tangan ini bergerak perlahan menulis dan mengharapkan rahmat ALLAH agar ada kebaikan dan manfaat di sebalik pena kali ini.

Alhamdulillah moga cinta kita semua terus berputik dan ukhwah yang terbina akan terus terjalin.Meneruskan lagi pena , tema entry kali ini soal cinta. Sudah pasti dan tentu setiap hati yang membaca kenal akan ertinya cinta.

Ramai anak muda hari ini, sangat ghairah pabila berbicara soal cinta akan tergambar secara maya couple, gf, bf atau nama popular balak dan sebagainya. Dan lupa mengenali cinta sebenar kita iaitu ALLAH Yang Maha Esa. Mungkin ada yang pernah mendengar lagu daripada nowseeheart or saujana saya sendiri terlupa cinta kepada ALLAH,cinta Rasul cinta ibu bapa ,cinta kpd ummah ,cinta kepada kecemerlangan

Ini adalah kunci cinta yang sebenar, ada remaja lebih mengenali pasangannya yang kononnya kunci kebahagiaannya namun lupa dan tak pernah mengenali Penciptanya.Islam tidak pernah melarang umatnya untuk bercinta sesama manusia malahan menganjurkan perkahwinan yang mana terletak kebahagiaan di dalamnya asalkan mengikuti segala arahan dan syariat yang jelas terkandung bersama Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Hari ini cuba kita hitung berapa banyak remaja yang mengalir air matanya kerna putus cinta dengan kekasihnya berbanding putus cinta kepada ALLAH dan Rasulnya?
sudah tentu kita hanya mampu menelan air liur kita untuk menepiskan fakta ini, 
anak muda kini tenggelam dalam kesenangan dan kebahagiaan duniawi lantas lupa akan kebahagiaan yang kekal abadi.

Namun bukan semua yang hanyut tenggelam ,masih ada bakinya yang mampu menjulang panji Islam , menegakkan kembali , cuma semangat itu perlu dipikul bersama,di janakan kembali bersama jemaah yang lebih besar untuk padukan kekuatan kerna setiap dari kita perlu bersatu , kita perlu tenggelamkan hawa nafsu untuk pimpin diri kita ke arah yang lebih bermanfaat.

Apa yang mahu kita bekalkan saat berada di depan ALLAH nanti pabila di dunia tiada cinta kita buatNya, Pencipta kita?Sudah tentu berada di alam sana kita sudah tidak mampu berbuat apa apa hanya meraung insaf tiada guna, balasan dan seksa bakal diterima kerna di dunia tiada endah cinta buatNya.

Remaja itu antara tunjang negara , aset termahal untuk memimpin dan menjulang setiap kekuatan yang ada 
Ibu bapa yang mencorakkan perjalanan kehidupan anak muda , bermula dari kain yang suci tiada ternoda 
merangkak ke dunia memilih jalan sama ada bahagia selamanya atau jalan binasa

Sahabat itu pendamping remaja , ada yang membimbing memimpin tangan bergerak ke masa depan yang bercahaya dan ada memimpin ke jalan yang suram dan duka , 
pilihlah cahaya yang menerangimu kerna ianya tidak terhenti di dunia setiap amalmu di panjangkan di akhirat sana

Dan ilmu agama dan kefahaman itu antara senjata yang akan membuatkan mu sentiasa berwaspada dalam meneruskan hidup yang sentiasa dalam pancaroba.
Sematkanlah bersama ilmu di dalam hati ,kefahaman yang datang itu perlu disertai dengan amal
 tinggalkan jalan dan hidup yang kita sendiri tidak pasti kemana ,jalan sudah tersedia ikutlah apa yang ada dalam Al Quran dan As Sunnah. 

Sudah tiba masa tinggalkan cinta yang sia sia, belajarlah mencintai ALLAH yang akan sentiasa membalas cinta kita ,yang takkan pernah melupakan kita  .






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...