APA ITU CCRIS ?
Beberapa jam lalu, kecoh dilaman sosial berkenaan PTPTN. Aku mulanya
tidak mahu ikut campur, sebab aku tidak terbabit dalam PTPTN, namun bila
aku membaca berkenaan CCRIS ada kemungkinan ianya berkaitan dengan aku.
Kerana pembiayaan pelajaran aku sekarang adalah pinjaman boleh ubah.
Dimana jika aku dapat kerja dgn penaja aku baru ianya dianggap biasiswa.
Jika tidak aku masih perlu membayar balik pembiyaan itu.
Persoalannya apa itu CCRIS. Aku terjumpa keterangan CCRIS dari blog aswanazmy :
Persoalannya apa itu CCRIS. Aku terjumpa keterangan CCRIS dari blog aswanazmy :
CCRIS
bermaksud Central Credit Reference Information System adalah laporan
bulanan secara berkala yang dihantar oleh institusi kewangan kepada Bank
Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke
atas pinjaman yang anda lakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa.
Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk
dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan. Aktiviti pembayaran yang
akan direkod ke dalam sistem CCRIS adalah seperti bayaran ansuran sewa
beli kenderaan, ansuran pembiayaan perumahan, ansuran pinjaman peribadi
(personal loan) dan ansuran kad kredit serta bayaran ansuran pinjaman
pelajaran seperti pinjaman MARA, JPA, PTPTN dan lain-lain. Pendek kata
setiap pembelian melalui bayaran secara ansuran akan direkodkan ke dalam
sistem CCRIS ini.
Rekod pembayaran ansuran yang bersih dan teratur adalah amat penting dalam menilai prestasi kewangan bagi anda untuk memohon sebarang bentuk pinjaman atau pembiayaan seperti pinjaman peribadi, permohonan kredit kad dan lain-lain kerana insitusi kewangan khasnya bank akan meneliti laporan CCRIS jika terdapat mana-mana ansuran yang lambat bayar atau terlepas bayar selama beberapa bulan kemungkinan besar permohonan anda akan ditolak. Jika pembayaran ansuran bulanan adalah baik, maka laporan CCRIS akan menunjukkan indikator '0' yang bermakna tiada bayaran tertunggak tetapi sekiranya dalam bertanda '1' bermaksud tertunggak satu bulan dan '2' bermaksud tertunggak 2 bulan. Laporan CCRIS ini melaporkan keseluruhan aktiviti pembayaran ansuran selama 12 bulan ke atas tahun semasa jadi anda harus mempunyai rekod CCRIS yang baik untuk membuat permohonan dengan insitusi perbankan bagi tujuan seperti di atas.
Untuk mendapatkan laporan CCRIS ini, anda harus ke Bank Negara. Terdapat beberapa e-Kiosk untuk mencetak penyata CCRIS anda. Anda hanya perlu membawa MyKad dan proses imbasan cap jari menggunakan sistem biometrik akan dilakukan bagi mendapatkan laporan CCRIS. Proses mendapatkan penyata CCRIS adalah lebih kurang sama seperti proses mencetak penyata KWSP anda di pejabat cawangan KWSP. Sila ke laman web Bank Negara Malaysia (BNM) untuk keterangan lanjut.
Atau boleh baca di web bank negara : http://creditbureau.bnm.gov.my/index.php?ch=4&pg=6&ac=3
Jadinya rekod baik CCRIS anda akan memberi peluang lebih cerah untuk anda membuat pinjaman bank.
Dan sekiranya rekod anda tak begitu baik ,pihak bank tak akan keberatan untuk menolak permohonan pinjaman anda.
Dengan kemasukan pinjaman PTPTN ke dalam CCRIS maka anda perlu melipat gandakan usaha anda untuk membayar pinjaman hehe
p/s : Jangan lupa bayar hutang hihi
huh! nasib tak buat pnjaman ptptn. haha..
ReplyDeletemaka anda haruslah berusaha ye en anwar jelaskan hutang2 tu :p
ehhh2 templates baru, lapor ke pe? :)
haha diploma tak pinjam jgak. masuk degree ni baru nak apply pt.
Deletekalau kita sorg tahan lg, dpt isteri yg pnjam pt plak mmg best lah hahah.
hihi biasa kasi lapor sikit.
ehh ohw dah tu bayar guna duit pe?
ReplyDeletehabisla masa degree nnti :p
hoho niat dh dipasang tuh nk byar tuk bakal isteri yg pnjam ptptn. hahaha
pakai duit sendiri je, ma xbg pnjam ,kata tgu deg
ReplyDeletebolehlah tahan ,nsb bek yuran uitm murah nak dibandingkan dgn ipt lain haha
dptlah jimat sikit
haha nsb lah kalau dpt istri yg pnjam ptptn , nak buat camno