Sudah beberapa tahun abah telah tinggalkan kami sekeluarga
peristiwa itu aku msih ingat hingga hari ini, Masa tu aku berumur 11 tahun,adik2 ku masih kecil,aku kira.Hari itu hari yang biasa bagi kami, aku dan adik2ku,mcam biasalah
pergi sekolah,bukan kita tahu
apa yang bakal berlaku..hmm.
Then pulang dari skolah,makan,solat dan sebagainya
Semua dh siap!!.aku ,ijat,faris.Ketika itu dh bersiap
utk pergi ke tahfiz tempat di mana kitaorg blaja ngaji
Masa itu tiba!
kwan my mum dtg dan dia cakap,ABAH dh tak de!!
agak2 apa reaksi kitaorg?? aku dan adik2 ku msuk
ke blik dan air mata mula mengalir.Apakah kami
mengerti mksud abah dh tak de??
Seusai mengabarkan berita,kwan mama pun balik.Masa itu hanya myang yg ada
di sisi kitaorg,sebab mama masa itu
ade kursus di intan kemaman.
Wlaupun dengar khbar tu,aku dan adik2 tetap gagahkan diri
utk ke tahfiz,cerita kami simpan
kitaorg tak bgtau pun ustaz. Wlaupun mata
dh merah mengalirkan air mata,jubah putih
yang kami pakai basah dengan air mata
kehilangan :(
Selepas pulang ke rumah myang,yang kami pgil
nek, Apa yang kami mampu buat
hnyalah berdoa,menunggu ketibaan mama dari kemaman.
Apa yang aku tahu
prsaan sedih menyelubungi kitaorg,manakan tdknya
abah pulang ke kampung di johor
utk menjaga tokabah.Atok sakit setelah balik dari
mengerjakan haji,itupon sbab faktor usia.
Beberapa bulan abah kat sana
dh lama kitaorg tak jmpa abah.
Apa yang aku ingat,
msa tu kitaorg dh tdo,dh pkul berapa
mybe 1 pgi, mama sampai dan kejut kitaorg utk
bersiap,kasihan mama,terpksa bergegas dari kemaman,
cari kereta sewa yg bleh htr balik ke kelantan,
nsb baek
la ade pkcik yg sgp htr, thanks pakcik!!
Kitaorg bergegas blik ke rumah di psir tumboh
di temani
ayh sdara(uda) utk ambik brg2.Then bertolak ke
muar johor,macam2 benda berlaku,berapa
kali kitarog sesat,mklumlah ayh sdra jrg pergi ke johor.
Kebiasaannya abah yang drive,kluarga abah
sabar menunggu kitaorg,spttnya abah di kebumikan
awl pgi tpi di sebabkan kitaorg msih belum
sampai my fmly terpksa tgu.
setelah beberapa jam,kitaorg smpai ke bukit gambir
semua kaum kerabat dah menunggu di srau berdekatan..
aku sbgai anak,melihat jasad abah terbujur di sudut
tengah surau lalu mengalir sederas2 air mata.
Aku dan adik2 terpaksa ditenangkan oleh sdra terdekat
Kami menunaikan solat jenazah.selesai solat,Kami
semua berangkat ke kubur.Aku dan adik2 menaiki van jenazah
mengiringi pemergian abah kami..Apa yang aku terkilan
aku xdapat jaga abah,tak dapat ckap dgn abah slepas
berbulan lamanya,nk peluk abah!!
Tiba di tanah perkuburan bukit gambir,muar,johor.
Aku diminta oleh ayh sdra(cik far) utk kepalkan tanah.
Aku yang dalam kesedihan menuruti sahaja.Apa
yang lebih menyedihkan mcam tak prcaya abah dh
meninggal bila tgk muka cik far,seiras sgt,naluri kecilku masih
beranggapan abah masih hidup!!!
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,setelah selesai
kebumi ,imam membcakan talkin,orang ramai tunduk
sayu,aku yang berada di tepi hanya mampu mengalirkan
air mata,walaupun di larang bersdih.Apakah aku dan
adik2ku mampu mengerti hikmah di sebalik ujian ini?
Ya Allah,bagilah kami kekuatan!! Di rumah mak sdra ku cikfar memujuk aku utk tinggal bersamanya, menurutnya utk meringankn beban mama.Aku xbisa menerima tawarn tu,mna bisa aku terima!!Aku anak sulung,aku perlu ada
bersama family ku,kami saling memerlukan.Terlupa!!
Aku masih belum cerita soal keadaan atok ku.
Petang itu,setelah selesai segalanya,kami pergi melawat atokku di hospital muar.Atok dalam keadaan tidak sedarkan diri,menggunakan mesin bantuan pernafasan.
Dengar kata atok selalu menybut nama kitaorg
sbab dh lama xjmpa,kitaorg pn dh lama xbalik.
Namun hajat utk jumpa dengan atok xkesampaian
sebab tak di benarkan masuk.
Oleh sebab itu,kami terpaksa pulang kerumah
tanpa bertemu atok,Malam tu di adakan tahlil.ramai orang dtg,atok pon rmai kenalan,alhmdlah
berjalan baik. TIBA2!!Pihak hospital telefon
cakap,atok dh tak de!! boleh la tuntut jenzah!! YA Allah.
sungguh berat ujianMU!! Malam itu juga jenazah
atok dibwa pulang ke rumah.Pada keesokan paginya,
jenazah dimandikan,di kafankan,ramai yang dtg
menghulurkan sumbgan,menyampaikan takziah.
Segala siap,kemudiannya solat sunat jenazah
perkara yang sama terpaksa di lalui sekali lagi?
anda kuatkah? selesai solat,bertolak ke tanah
perkuburan sama spti semalam.alhmdlah,atok
di kebumikan bersebelahan dengan abah.Air
mata mencurah lagi.Smemangnya mama hilang
suara,kerana mengalirkan air mata.Suasana suram
di lalu.berat benar ujian Mu Ya Allah.hamba redha.
Esoknya kami bersiap2 utk pulang ke kelantan
alhmdlah semua selamat di uruskan. Abah atok...
walaupun kalian sudah tiada,hati ini selalu mendoakan
kebahagiaan kalian ,agar roh kalian sentiasa berada
bersama orang2 beriman dan mendapat keredhaan Allah.
LOVE U ABAH!!!! sekadar coretan pengalaman
akan di sambung lagi.
No comments:
Post a Comment