JellyPages.com

Monday, 12 August 2013

Perginya Dia menghadap Ilahi


Mendengar sahaja perkhabaran tok ayah long sedang nazak meresahkan hati kami , tok ayah sakit teruk hampir 5 bulan 

Lalu kami mengambil keputusan untuk pulang ke kelantan ,ianya hari hari terakhir ramadhan ,pagi isnin kami bertolak balik dan sampai kira kira tengahari dan hampir semua ahli keluarga terdekat sudah sampai di kampung.

Setelah sampai di rumah tok mek , kami melawat tok ayah yang rumahnya terletak berhampiran sahaja , orang yang pertama aku jumpa ialah tok da , yang terbaring akibat accident tempoh hari masih belum bisa bergerak mengharapkan dia bisa pulih dalam tempoh terdekat ini . Kami berborak lama kerana banyak yang ingin diceritakannya , aku mendengar setiap kata katanya , teringat kepada moyangku kerna tok da ini adik kepada moyangku yang kami panggil nek sahaja. 

Selepas hampir beberapa ketika aku meminta izin untuk melawat pula tok ayah , ya benar dia kelihatan penat sekali , menginsafkan diri ini yang masih muda mengingatkan tentang ajal dan kuasa Allah . Manakan tidak tok ayah long sudah hampir 5 bulan tidak makan ,bergantung kepada air itupun hanya diteguk sahaja namun tidak ditelan sebaliknya dimuntahkan kembali .

Keesokannya pula keadaannya masih sama, gerak hati mengatakan sudah tidak lama, kerna terdapat tanda tandanya. Keluarga memanggil jemaah masjid untuk mengadakan tahlil . Alhamdulillah semua berjalan dengan baik . 

Dipendekkan cerita , syawal menjelang ,alhamdulillah kita semua diberi kesempatan untuk meraikan syawal
namun buat keluarga tok ayah long , syawal kali ini sedikit berbeza kerana mereka sibuk ,berganti menjaga tok ayah memastikan setiap permintaan ,ditunaikan dan di jaga rapi , 

Kami pula beraya ke rumah saudara saudara yang lain buat seketika , namun sebaik pulang dari menziarah keluarga yang lain , malamnya aku ,ma dan tok ngah ke rumah tok ayah untuk membacakan yasiin agar dipermudahkan Allah. Sayu melihat insan dan saudara terdekat berjuang untuk menghabiskan kehidupan.
Dan juga memilukan buat hati ini kerna tak berkesempatan menjaga arwah abah . 
Aku melihat tok ayah berehat , seolah olah mahu pergi meninggalkan kami 

Seusai membacakan yasiin,kami pulang ke rumah untuk berehat ,dan malam itu aku tidak berapa sihat ,dan tertidur dalam pukul 1 lebih ke 2 pagi. Tiba tiba tersedar terdengar suara tok ngah menyebut tok ayah sudah tiada ,aku dalam keadaan mamai bingkas bangun bersiap untuk ke rumah tok ayah. Suasana bertukar pilu ,masing masing menyiapkan apa yang perlu , bagaikan tak percaya kami sekali lagi kehilangan ahli saudara .Tahun lepas kami kehilangan mok ja dalam bulan ramadhan , Kami membacakan apa yang perlu bagi meredakan keadaan. Semuanya bagaikan sudah redha dan bersedia dengan apa yang bakal terjadi. 

Pada paginya semua bersiap sedia untuk memandikan ,menkafankan dan mengkebumikan, tukang mandi sudah siap dihubungi,alhamdulillah ianya berjalan lancar . Tok imam juga dapat hadir untuk solat jenazah . 
Kami menjangkakan untuk mengebumikan dalam jam 11 pagi , perginya tok ayah dalam malam jumaat ,semua dalam pengetahuan Allah S.W.T 

Tiba saat jenazah tok ayah untuk dimandikan , semua berjalan baik tanpa ada masalah dipermudahkan oleh Allah S.W.T aku hanya mampu menjenguk kerana sudah dipenuhi anak2,dan cucu cucu tok ayah long .
Sudah dimandikan jenazah dikafankan dan anak2 diberi ruang untuk mengucup arwah buat kali terakhir , inilah detik paling menyedihkan saat ramai yang ingin mengalirkan air mata namun dihalang oleh ustaz melarang saudara saudara terdekat meraung ,meratap . Setelah semua selesai jenazah dibawa turun ke tanah perkuburan yang terletak hampir dengan rumah beberapa meter sahaja.


Pak Cik rozi orang yang bertanggungjawab menguruskan
Jenazah arwah tok ayah long perlahan lahan diturunkan ke dalam liang lahad , semua saudara hanya mampu melihat dan berdoa agar roh arwah tok ayah ditempatkan bersama sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh. Semua selamat diuruskan dan talkin sedang dibacakan ,yang masih hidup mendengar dan mengambil peringatan dengannya . sambil mengaminkan doa yang dibacakan . 

Alhamdulillah selesai semuanya dengan kuasa Allah S.W.T yang mematikan dan menghidupkan semua makhlukNya. bagi kami yang lelaki perlu bersiap untuk solat jumaat pula.

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun

Dari Allah kita datang dan kepadaNya juga kita kembali . 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...