JellyPages.com

Thursday, 29 August 2013

Medical Check Up : Persediaan Ke Universiti

Assalamualaikum semua :D
dan salam sejahtera 
Memandangkan nak daftar masuk UiTM nanti
memerlukan laporan medical check up
so terpaksalah ambo pergi ke 
Hospital  Sultanah Nur Zahirah
Kuala Terengganu bagi melengkapkan 
proses kemasukan nanti.
Ini kali kedua ambo buat check up ditempat 
yang sama.
cuma kali ini keseorangan huhu.


Jadinya ambo akan kongsikan langkah langkah
untuk kita membuat medical check up.

Pertamanya buat appointment dengan hospital 
atau klinik berkaitan .
Dapatkan temu janji anda untuk membuat medical check up.

Seterusnya hadir pada hari temu janji jangan tak datang pulak.
Tak pasal pasal membazir masa nanti kan haha.

Okay bila dah sampai ke hospital anda perlu bertanya dikaunter adakah nama anda terdapat dalam senarai temu janji,kalau ada ,anda akan diberikan nombor giliran.

So ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil 
Apabila nombor dipanggil anda diminta mengemukakan borang kesihatan dari ipt masing masing
macam ambo uitm .
dan di suruh membayar RM 20 untuk caj xray dan yang terlibat.
Selepas membayar anda akan diberi borang xray untuk diisi dan selepas mengisi borang perlu di semak oleh kaunter dan akan diberikan penerangan ringkas berkaitan medical check up.


Sila ikut arahan yang telah diberikan .
(sila refer no bilik untuk setiap ujian)
1. Periksa berat anda dan ketinggian dan tulis dalam borang yang disediakan.
2.Ujian penglihatan (tinggalkan kad anda di kaunter dan nama anda kan dipanggil).
Ujiannya mudah sahaja hanya menguji penglihatan.
3.Check blood pressure dan pulse.
4.Check urine (anda akan diminta mengambil sebekas botol dan pergi ke tandas,then pandai pandailah hehe)
5.Selepas selesai anda boleh ke anda perlu mendaftar di kaunter pendaftaran untuk xray.
6. Seterusnya ke bilik Xray untuk melakukan ujian xray 
dan tunggu keputusannya .
Dah siap bergerak ke tempat seterusnya.
7. Pergi ke Pakar Bedah Mulut untuk check gigi.
Kat sini doktor or pegawai akan check gigi sekiranya terdapat sebarang masalah.
8.Kembali ke kaunter mula mula kita datang dan ambil no giliran untuk berjumpa doktor.
9. Jumpa doktor untuk check kesemua laporan dan doktor akan mengesahkan semuanya normal dan tidak punya apa apa masalah . 
10. Done.anda boleh pulang ke rumah atau 
makan makan haha.

Nota :1. Medical check up ambo ini dilakukan di Klinik Pesakit Luar ,Hospital Sultanah Nur Zahirah
Kuala Terengganu.

2.Diharap bersedia dengan kekuatan mental kerana dihospital kerajaan biasanya akan mengambil masa 2,3 jam untuk menyiapkan medical check up ini.

Prosedurnya mungkin sedikit berbeza dengan klinik swasta.
Untuk ujian anda boleh memilih untuk buat step yang mana anda suka dahulu.
Kat tempat anda saya kurang pasti hehe

terima kasih .
Assalamualaikum.
ai...

4 comments:

  1. entri berguna tuk adik2 baru nak masuk uitm..


    Entri Baru Update Tadi: Jualan Merdeka 50% The Body Shop

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe okay terima kasih nanti ambo melawat blog demo :D

      Delete
  2. hahaha...sme la tmpat kte wak med check, kalu 2 3 jam bleh tahan..ambe gy wak 4 jam pah tu kne gy plok ai ahad utk check doktor sbb ai rabu tu dok dang.. amat memenatkan...phewww

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah kebetulan sgt :P org ganu jugop rupanya .

      hihi biasalah mesti time tu ramai orang kan . Kebetulan saya aritu kurang sikit orang,tu pon nyaris nyaris sempat jumpa doktor ,nak naik angin dah masa tu haha . kalau tak esok lah jwabnya,

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...