JellyPages.com

Thursday 24 October 2013

Kisah Dhuha dan Hajat

Pastinya zaman sekolah merupakan zaman yang paling manis sepanjang hidup kita bukan?
Malah ada juga yang mengalami zaman kepahitan ketika dibangku sekolah.
Yang pastinya ramai tidak dapat menafikan ketika di zaman sekolah lah 
banyak benda tercipta.
Pengalaman dan juga pencarian identiti yang membentuk diri kita menjadi siapa 
diri kita hari ini.
Kali ini aku ingin ceritakan kisah di sekolah aku
SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad 
Bandar Indera Mahkota Kuantan
Pahang
Tempat yang banyak aku menimba ilmu dan mencari layar dan haluan.
"Tiba waktu rehat sekolah"
"Pukul 10 pagi "
Pastinya ramai akan bergegas ke kantin untuk mendapatkan makanan bagi mengisi perut yang lapar
Masing masing tanpa berfikir apa apa akan mendapatkan makanan masing masing
lalu mengenyangkan perut
namun ada segelintir pelajar yang memilih untuk mengisi hati mereka dengan makanan rohani
mereka ke surau sekolah,mengambil wudhu' lalu menunaikan 
solat sunat dhuha dan juga hajat
walaupun bukanlah dalam kumpulan yang besar 
Namun alhamdulillah ianya masih satu usaha yang boleh dianggap berjaya
tanpa menghiraukan rakan rakan lain yang sedang sibuk dengan kerja masing masing
mereka ini akan mengisi waktu rehat mereka dengan solat sunat dan mengaji
ianya satu pengalaman yang memberi kesan pada hati.
Pastinya memberi kesegaran pada akal dan juga minda.
Yang lebih penting apabila hati ikhlas menghadap Pencipta
Pasti keseronokan dan keterujaan yang tak terhingga berbekas.
"Mereka mengharap keredhaanNya"
Pernah sekali juga , guru penolong kanan menghargai mereka ini dengan memberikan hadiah 
umpama memberi semangat
 Bukanlah bertujuan sebagai balasan tetapi sebagai perangsang untuk mereka ini
terus istiqmah dalam perjuangan mereka.
Aku turut seronok melihat sahabat sahabat semuanya berjuang untuk diri mereka
mengisi masa yang terluang dengan ibadah.
Biarlah dimana pon kita ,andai teguh kita di jalan ALLAH 
pasti kita tetap setia bersamaNya.
Kongsikan kisah anda disini :)
Assalamualaikum 
 

Friday 18 October 2013

Memori Zaman Sekolah

Duk belek file file lama terjumpa file zaman sekolah hehe
banyak kenangan terukir di zaman sekolah berbanding zaman universiti
kadang kadang boleh buat diri kita tersenyum sorang sorang
bila ingat balik zaman muda muda dulu hehe

Thursday 17 October 2013

Nilai Seorang Ayah

 Assalamualaikum 
Salam Aidil Adha buat Semua Umat Islam di seluruh dunia
Sudah ada yang demam barangkali :P
dek kerana makan macam macam makanan kan?
apa pon syukur atas nikmat yang masih diberikan oleh ALLAH 
kita masih bernafas dan berada dalam nikmat iman dan nikmat Islam.
Kali ini aku ingin mengajak kita semua mengimbau peri pentingnya 
seorang insan bernama Ayah
 Setiap insan tidak akan terpisah dari insan bernama ayah,abah,walid,abi,daddy 
dan sebagainya.
Bapa itu sebagai imam dalam sesebuah keluarga.
Imam yang menjadi nakhoda memimpin sebuah bahtera melayari kejayaan dunia akhirat
serta mencapai husnul khatimah yakni kesudahan yang baik.
Seorang bapa yang soleh akan memimpin anak dan keluarganya dengan jalan jalan cahaya
iaitu jalan yang diredhai ALLAH S.W.T
 Membimbing anak anaknya dengan dakwah dan tarbiyah yang terbaik yang mampu dilakukannya
seperti mendidik dengan solat berjemaah dan perilaku akhlak yang terpuji.
Bagaimana jika seseorang itu kehilangan ayahnya sewaktu kecil lagi?
 Sudah pasti banyak kehilangan yang akan dirasainya nilai seorang ayah disisinya.
Membawa diri dengan berdikari mencari bentuk identiti yang baik untuk dirinya.
Apatah lagi jika anak itu kecil tanpa bimbingan yang sewajarnya pasti kita akan hilang arah jalan
untuk belayar melayari bahtera yang kekal abadi.
Hilang saat mesra bersama seorang ayah saat rakan rakan lain mengucup mesra ayah mereka 
lebih lebih disaat lebaran ataupun hari raya.
Pasti rasa sebak menyelubungi tiap hati yang mendambakan kasih seorang ayah.
Malah ada yang memberontak kerana kurangnya kasih sayang ayah apatah lagi buat mereka
yang tidak pernah merasainya.
 Bayangkan sahaja punya ayah yang soleh.
Dapat sama sama solat berjemaah,ke mana mana bersama,mendapat bimbingan dari ayah
pelbagai lagi perkara yang boleh dilakukan bersama.
Terutamanya saat menunaikan solat hari raya ,mendengar sahaja takbir raya pasti tiap
insan yang kehilangan ibu bapa mereka akan menitiskan air mata.
Namun kehilangan itu pastinya ALLAH gantikan dengan nikmat yang lain.
ujian itu nikmat bagi mereka yang beriman dan buat mereka yang berfikir.
dan pastinya nilai hormat itu aku hulurkan buat mereka yang telah kehilangan ayah mahupun ibu
tapi mampu berjaya dengan cemerlang tanpa mengharapkan bantuan semata
lebih lebih lagi buat mereka yang bergelar yatim piatu.
Semoga kita semua terus diberikan rahmat dan kasih sayangNya.
Semoga kita terus diberikan kekuatan oleh ALLAH.
insyaAllah
amin
Semoga arwah abah juga berada bersama orang orang beriman dan beramal soleh.
Teruslah berdoa buat arwah ibu ayah kita kerna bekalan untuk mereka adalah
doa anak anak yang soleh. 
 Assalamualaikum. 
 

Monday 14 October 2013

Zikir Terapi : Alhamdulillah & AstaghfirullahalAzim

         Assalamualaikum Semua :D                 
 
 Alhamdulillah dan Astaghfirullahal azim cover version
Walaupun suara bukan macam hafiz hamidun hehe
Maaf ini hanya percubaan sahaja plus suara demam 
dan tiada bakcground music 
 Semoga ada juga kebaikan bersamanya hehe.
P/s : Kalau nak dengar elok sikit pakai earphone lah ea :P hihi
Terima Kasih dari saya :D

Sunday 13 October 2013

Catatan Siswa : Mari Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum semua 
rasanya hampir sebulan tak menulis hehe almaklumlah busy orang kata 
walaupun tak de lah busy mana pon
Harapnya semua sihat lah ye?
Doakan diri ini sihat juga , suara tak berapa baik.
nikmat Allah bagi untuk menghilangkan dosa hehe.
Satu Perkara yang buat aku excited untuk menyambung pengajian ke degree 
ialah dapat BELAJAR BAHASA ARAB
Kenapa Excited?
Mungkin ada yang dah tahu , mungkin ada juga yang masih belum tahu bukan?
Bahasa arab adalah bahasa syurga
Bahasa yang sangat istimewa
Ada keunikannya tersendiri
Sebenarnya memang dah lama terdetik nak belajar bahasa arab tapi masih belum dapat peluang
Sekarang Alhamdulillah.
Mengambil subjek TAC 401 iaitu bahasa arab komunikasi
Sekarang kami mula belajar tentang basic.
Tapi ada juga pelajar yang memilih mengambil bahasa lain sebagai bahasa ketiga or
as third language like japan,french,korea and mandarin hehe
Yang penting semangat nak belajar tu kan?
nanti bolehlah belajar tukar tukar bahasa dengan kawan kan hihi.

Okay let's learn arabic
Ismi KhairulAnwar Ismail : Nama Saya KhairulAnwar Ismail
Ana Min Terengganu : Saya dari Terengganu
Wilayah : Negeri 
Masmuka : Siapa Nama Kamu?
Min Fadlik : Excuse Me?
Syukran : Terima kasih
Afwan : Sama Sama
Ma'assalamah : Selamat Tinggal /Goodbye
Ilalliqa' : Selamat Tinggal Juga / Goodbye too

    Okay ini merupakan salah satu Basic Arabic Verb or grammar
Betul ke tak ayat ni xtahu lah ? hehe
saya budak baru nak belajar.
Belajar Bahasa sebenarnya menyeronokkan tapi menuntut semangat dan minat untuk
mempelajarinya . Otherwise kita takkan dapat menguasai bahasa kalau kita
tak minat,betul tak?
Dalam class pon kitaorang digalakkan ataupun diajar untuk melakonkan dialog ataupun membacanya
bersama pasangan or in pair.
Ini merupakan contoh Assignment yang telah dilakukan oleh some group hehe : 

Semoga ALLAH permudahkan bagi kita semua atas usaha untuk menimba ilmu 
yang penting kena ikhlas niat hati dalam hati walaupun apa pon kita belajar
tak semestinya belajar kena ikhlaskan? buat benda lain pon kena ikut ikhlas hati itu mesti sentiasa 
betul.
Itu Sahaja buat kali ini ,berjumpa lagi kita pada entri seterusnya
hihi 
rajin rajinkan berdialog dengan saya :D 
Assalamualaikum ;) 

Saturday 28 September 2013

Catatan Siswa : Perbelanjaan Sebagai Pelajar

Assalamualaikum semua :D 
Lama tak menjengah dan menulis rasanya
Kini dah masuk minggu ketiga aku berada di shah alam
Semuanya kelihatan masih terkawal hehe
menunggu untuk meletup apabila di beri assigments dan juga beberapa tugas yang lain.
Okay !
Bukan itu sebenarnya aku nak bebelkan pada hari ini.
Tema kita pada hari ini ialah Perbelanjaan Pelajar
Kenapakah aku menyentuh soal ini?
jom kita selidik :


Ini hanya anggaran kasar aku:
Perbelanjaan Harian (Minima) : RM 10 Sehari
Perbelanjaan Bulanan : RM 10 x 30 Hari : RM300


Dicampur dengan Perbelanjaan Dapur atau Kelengkapan Diri = Rm 200
Plus Accessories or Education Spending = RM 250
Plus Broadband and Top Up RM 70

Mengikut Kiraan Kasar : 
Perbelanjaan Minima Bulanan untuk seorang pelajar ialah RM 350.

Itu belum lagi dicampur dengan belanja belanja ringan seperti makanan ringan
Yang menetap di rumah sewa : minima rm 100 sebulan

Dan satu lagi tabiat pelajar , apabila sebaik sahaja wang PTPTN dimasukkan ke dalam akaun
duit itu akan digunakan seolah olah tiada lagi hari esok.
Sebagai contoh beli handphone baru,gajet,shopping,dan sebagainya
Sekali sekala tak ape,tapi kalau banyak kali mahu tak bankrup kan?
Peringatan untuk diri sendiri juga agar sentiasa berjimat cermat,
Elakkan berbelanja yang tak sepatutnya.

Try to maintain spending less than RM 400 per month.
Otherwise it could be , nightmare to our spending plan.
Tapi kalau anda anak orang kaya silakan untuk berbelanja lebih tak de orang nak marah hihi
Sebagai orang yang bersederhana aku try untuk merancang perbelanjaan since from diploma.

 Assalamualaikum 
ai...
 

 


Saturday 21 September 2013

Coretan Siswa : Kembara Shah Alam

Assalamualaikum semua hihi
Sihat tak?
harapnya korang semua sihat je lah ye bak kata sihat muda remaja 
Alhamdulillah aku kini minggu kedua berada di UiTM Shah Alam 
semuanya masih normal bagiku, tidak ada yang begitu memeranjatkan 
as i expected suasana dan keadaannya hehe
tapi bagi yang kali pertama menjejakkan kaki ke sini pastinya punya sisi yang berbeda kali.

Okay aku nak kongsi pengalaman setakat berada di sini 
1. Orang orang di sini agak peramah tak kurang jugak ada yang tidak 
2. Untuk ke kuliah pastikan anda sudah sejam lebih awal menunggu bas bagi memastikan sampai awal 
ke kelas. ( kalau tunggu lewat faktor nak sampai ke kelas lewat adalah tinggi)
3. Pengalaman untuk berhimpit himpit dengan ramai orang terutamanya perempuan akan berlaku di dalam bas.
4. Waktu jadual kelas yang agak memenatkan ,bayangkan aku sekarang ni hari isnin dah ada 5 class 
penat bak hang. 
5. Survival diri ,memandangkan berada di degree level memang kena survive pon dari semua sudut.
Apa yang penting bagaimana kita bawa diri kita untuk ke tahap yang lebih baik bukan?
tak kiralah dimana jua pon kita dicampak.

Setiap orang punya peluang
tapi apa yang lebih penting di sebalik peluang itu
bagaimana dia corakkan peluang itu untuk menjadi masa depan
yang gemilang.
 Jangan lupa makan abc di seksyen 2 ,sedap nyamnyam hihi
ai...

Wednesday 18 September 2013

Pusing sekitar Kuala Lumpur, Selangor

 Ke Pudu Raya 

Sempat ke Sate Kajang Haji Samuri 
sebelum bergerak ke rumah tok su hehe

ramai yang datang membawa anak anak beriadah disini

Friday 13 September 2013

Sesi latihan persembahan : Lagu Kehidupan & Sendu Sendawa

Sesi Latihan Persembahan kami 
lagu yang dipilih : Kehidupan by Inteam dan Nazrey Johani
lagu kedua : Sendu Sendawa dari Mestica
Just video pendek dari kami 
jemput tonton

Pengecualian Kredit : Bachelor of Administrative Science UiTM Shah ALam

Assalamualaikum semua :D
Alhamdulillah kami semua sudah selamat mendaftarkan diri menjadi Pelajar Sarjana Muda Sains Pentadbiran
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.

Dan seperti yang student uitm tahu sesiapa yang menyambung ke peringkat bachelor dan dari diploma
untuk kos yang sama akan terus diserap ke semester tiga.
Kami semua juga diserapkan ke semester 3 melalui credit transfer atau pengecualian kredit.
Berikutan subjek yang ada dalam bachelor sudah pon kami ambil sewaktu diploma dahulu.

Contohnya seperti subjek CTU, BEL,MAT,QMT,PAD,LAW,ECONOMICS,ACCOUNT dan banyak lagi.
Memang agak bernasib baik dapat buat pc (pengecualian kredit)
Tapi banyak subjek kitaorang sudah ditukar kalau dulu subjek tu ambil masa part 3
sekarang kena ambil masa part4
begitu juga yang lain ada subjek kena ambil masa part 4 kami dah ambil untuk part 3
mesti ada yang confuse apa yang aku cuba sampaikan kan? haha rilex jangan pening pening

Yang paling tak best dengar kata kami tak boleh transfer subjek ent/etr ataupun lebih mesra dipanggil
entrepreneurship yang sangat banyak projek untuk dilaksanakan dan memakan duit dan sebagainya.
Harapnya ada penyelesaian untuk subjek ini.
memang berharap agar tak ambil subjek ini buat kali kedua sebab masa diploma kami dah ambil subjek ni.
Dan untuk memastikan kesamaan subjek ini ,kitaorang kena masuk class terlebih dahulu.
 Itu sahaja buat masa ini.

Assalamualaikum
ai...

Thursday 12 September 2013

My Story on Student registration Day: UiTM Shah Alam Sesi Sept

 

Dah masuk hari yang ketiga di shah alam.

Perjalanan ke shah alam.
Hari Sabtu lepas aku dan ma bertolak dari kuala terengganu menaiki bas dan sampai ke shah alam kira kira 7.30 pagi.
Yang lucunya bas kami mati di tol bentong sebaik sahaja driver membayar duit.
dan terpaksa naik bas yang lain pula.

Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar pada hari pendaftaran
Padang kawad UiTM
untuk pendaftaran kena berhenti dan park kereta disini seterusnya naik bas uitm ke kolej masing masing.
Untung ayah saudara ada kenal staff dalam ni so kitaorang naik kereta ke kolej perindu.
Dah siap daftar aku ke semenyih dengan family untuk ziarah saudara disana.
Dan makan makan sebelum balik semula ke kolej.

Sayu pulak terasa apabila bersalam dengan ma ketika balik.
Semoga ma sihat sihat selalu.

Hari pertama kami berjalan ke Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
untuk sesi taklimat yang pertama. hampir setengah jam atau lebih kami sampai ke fakulti 
tapi apa yang menarik kami bertemu dengan cucu cicit batu caves ahaha
dengan menjejak tangga ini kita akan sampai ke FSPPP.
memang ramai lah untuk hari pertama dan seperti biasa kaum perempuan memonopoli di mana mana kampus
dan fakulti.

Di hari pertama kami mendengar taklimat fakulti ,transfer credit serta amanah ringkas bersama KPP.
dan jumpa ramai jugak senior senior yang berada di dungun dahulu.
 Memang agak meriah pada hari pertama dan kebanyakan muka familiar ada yang aku jumpa di dungun dan ada yang aku jumpa di kem kepimpinan.
Yang excitednya ramai batch dari dungun turut bersama kami
tapi sayangnya kami dipisahkan kelas.
So nak tak nak kena redha je lah berpisah kelas.
Keesokannya pula kami ada taklimat bersama dekan dari pagi sampai ke petang.
di Dewan Agung Tuanku Canselor
 
Macam macam taklimat ada, dari dekan , Program Pemantapan Wawasan
Taklimat dari Perpustakaan,Unit NR dan macam macam lagi.

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa,so layankan aje lah ye 
hehe
Assalamualaikum 
ai...

 

Friday 6 September 2013

Picture Collections

Suka suka je ambil gambar ni buat kenangan
Khas buat kem pelajar Asrama SMK DMAS

Proud with the teams
Always support The Red Warriors
#TRW

Ayuh Kelateku hari ini kita pasti menang hihi

Thursday 5 September 2013

Lagu Erti Syukur dan Istikharah Cinta

Lagu ini dinyanyikan sempena persembahan kami 
dan ini merupakan video latihan sahaja
biasa sahaja sebab buat simple training hehe
kualiti audio pon kurang memuaskan 
terakam dengan tak sengaja 
hope bole diterima 

Support us Okay :D
 Lagu : Erti Syukur
Artis Asal : UNIC

Lagu 2 : Istikharah Cinta 
Artis Asal : Sigma 

Dan ini persembahan terbaru GEMA
yang dianggotai oleh junior junior kami .
yang merupakan pimpinan terkini
Goodluck guys!
                              

Anak anak Permata Negara

Anak anak Permata Negara
Ibu bapa yang menentukan anak itu nanti jadi apakah dia
jalan mana yang dipilih kebaikan atau keburukan
dengan cara mendidik anak dengan ilmu .
Cara didikan yang baik dan diisi denngan nilai agama akan mencorakkan perjalanan
kehidupan anak anak menjadi lebih baik.

Hiasilah minda dan hati anak anak kita dengan nilai yang baik
dengan memberikan mereka ilmu yang bermanfaat.
Kejayaan anak anak pada masa akan datang ditentukan dengan didikan daripada ibu bapa.

Jom lihat reaksi anak anak kecil ini 


my mum pergi memantau tadika di pulau hehe
Sebuah tadika di pulau
 p/s: mendengar cerita ma yang mana guru guru sanggup meredah sungai utk sampai ke pulau semata mata untuk mengajar adik adik kecil ini 
nyata mengharukan hati.

respect kepada semua guru yang sanggup berkorban dan menggadaikan nyawa untuk menyampaikan ilmu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...