JellyPages.com

Sunday 4 August 2013

Catatan : Merisik Khabar Kejayaan

Terhenti sejenak fikiran ku menjengah masa depan yang masih belum pasti, mengimbau kembali masa silam , zaman kanak kanakku yang hadir dengan pelbagai harapan dan impian.
Mungkin masih ada dalam kalangan rakan rakanku yang masih belum jelas soal kehidupan mereka. 

Status kelas pertengahan memotivasikan kami untuk berusaha sekadar yang termampu biarpun tidak berada dalam kalangan pelajar pintar. Namun ianya tidak menghentikan niat dihati untuk berjaya. Bermula dizaman sekolah pelbagai cita cita bermain di kotak fikiran pada mulanya pegawai tentera ,guru, ahli sejarah,ahli arkeologi mungkin kerna faktor meminati sejarah ,barangkali ianya hanya angan angan mentah . 

Seterusnya melangkah ke peringkat kehidupan yang lebih mendewasakan, dari kanak kanak ke tingkat remaja dan kini ke peringkat dewasa. Mungkin tak banyak kejayaan untuk dikongsikan namun ambillah sebahagian daripadanya sekiranya ia bermanfaat . 

Ya, aku bukan berasal dari keluarga yang cemerlang yang rata ratanya berlatarkan universiti dan menjadi mahasiswa hanya ,keluarga biasa. Hanya jumlah kecil keluargaku yang berjaya mendapat tempat di universiti dan faktor kemiskinan memaksa sebahagiannya melupakan cita cita dan harapan. 

Melangkah ke diploma selepas tamat spm mungkin perkara common bagi sebahagian orang yang berjaya namun bagi keluargaku mungkin ianya satu titik mula ,detik kejayaan dan harapan keluarga. Kerna ilmu itu pengubah kehidupan dan penentu kejayaan. Aku juga tak menyangka akan menghabiskan diploma saat rakan rakanku ada yang mengalah , tapi alhamdulillah walaupun sedikit lambat aku bersyukur ,detik itu semakin menghampiri. 

Kini tiba saat menunggu keputusan degree yang dalam kiraan ku peratusnya sangat tipis barangkali soal result yang tak begitu baik berbanding yang lain. Menunggu jawapan dari uitm sememangnya mengundang jiwa gundah ,hati melayang memikirkan masa depan yang masih tak terjejak. Tanggal 19 julai 2013 menjadi saksi , tanganku menyusuri tetikus dan papan keyboard memerhati tiap gerak browser yang dibuka, jantung pasti menari laju menantikan apa yang menanti .

Alhamdulillah , terpampang anda ditawarkan, hanya Allah yang tahu , melompat kegembiraan , lalu berkejar mendapatkan ma yang ada dibawah menantikan keputusannya . Sujud syukur kepadaNya.


Barangkali cerita aku ini hanya cerita kosong dan biasa sahaja, namun apa yang ada dalam hatiku ingin melihat ianya menjadi motivasi kepada sahabat2 di luar sana agar melihat dan merenung pada diri agar jangan berputus asa dengan usaha dan tawakal kepadaNya ianya pasti bisa dicapai . 

aku anak yatim , dan kamu mungkin senasib denganku , mungkin ada yang lebih dahsyat ujiannya
bangkitlah untuk apa yang namanya kejayaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...