JellyPages.com

Monday 19 August 2013

Amalan Bertahnik

Entry kali ini kita akan cuba mengupas amalan bertahnik dan apa itu tahnik sebenarnya?
apakah ia dianjurkan oleh Islam dan merupakan adat atau adab dan sunnah Rasulullah S.A.W


Sebenarnya ada anjuran dalam Islam untuk melaksanakan tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar
yang telah dikunyah oleh orang alim dan
bertakwa

Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi,ke kiri
dan ke kanan mulutnya
Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi

Ini bersesuaian dengan hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r.a

Maksudnya : "Aku telah mendapat seorang anak,
kemudian aku membawanya kepada Nabi S.A.W Baginda menamakannya Ibrahim,lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.

Diriwayatkan dari Asma' bahawa beliau mengandungkan Abdullah bin az-Zubair di Makkah. Selepas itu beliau datang ke Madinah dan tinggal di Quba'. Semasa Abdullah dilahirkan beliau dibawa kepada Rasulullah S.A.W lalu diletakkan atas ribaan Baginda. Baginda selepas itu berdoa dan mengunyah sebiji kurma lalu dimasukkan ke dalam mulut Abdullah.

Antara hikmah amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurnanya. Seandainya kurma sukar didapati ,bolehlah digantikan dengan manisan lain seperti guka dan madu lebah.

Sumber : Buku Indahnya Hidup Bersyariat

 

4 comments:

  1. info yang menarik, suitable la tuk bakal ibu. kihkihkih :D thanx for sharing.

    ReplyDelete
  2. hehe bakal ibu je? bakal bapa xde? sama sama :D

    ReplyDelete
  3. erkk, bapa pun skali dehh kalu ikutkan citer anwar share tu bapa ler patut buat kn, ke guane? hihi :p

    ReplyDelete
  4. haha kiranya suami isteri lah sama2 fikirkan . Baru jadi keluarga bahagia, insyaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...