Minum kopi campur susu
harap semuanya senyum selalu hihi
Assalamualaikum semua
hendaknya sihat sihat dan happy
selalu .
Bagaimana dengan korang hari ini?
happy mungkin? ada yang dpt gaji, ada yang nak kahwin
ada yang dpt phone baru, ada yang dpt rumah baru.
Jangan lupa ucapkan syukur kepada Pemilik asal
iaitu ALLAH.
Semuanya milik ALLAH.
betul tak?
Tema kali ini blog
kenapa blog?
apabila kita sebut pasal blog pastinya dekat dengan jiwa blogger.
ada yang menulis untuk suka suka
dan ada yang memilih untuk menjadikannya sebagai
pekerjaan dan menjana pendapatan.
Sebahagian blogger pula memilih blog sebagai tempat untuk meluahkan perasaan atau diari maya.
Dairi maya ini sangat membantu seseorang untuk mengurangkan sedikit tekanan yang dihadapi .
Setelah mengadu kepada ALLAH dalam doa dan ketika sujud
mungkin kita perlukan lagi tempat untuk meluahkan perasaan sekiranya tak terluah.
Dan mungkin sebagai tempat untuk berkongsi perasaan dengan rakan rakan bloggger yang punyai masalah yang sama .
Privasi blog ,facebook, dan juga twitter sedikit berbeza.
Kerana facebook dan twitter post kita update secara langsung,dan akan keluar dipaparan
rakan rakan kita.
Berbeza di blog privasi agak sedikit tinggi
dan perlu daya penarik untuk membukanya.
Dan yang berbakat dengan bidang penulisan cerita mereka
akan diolah menjadi sebuah cerita atau novel.
waah untung bukan? hehe
Dengan berkongsi masalah diruangan maya ianya boleh dikatakan sebagai positif dan juga negatif.
Kita dapat menerima dan berkongsi nasihat dgn rakan rakan lain yang tak pernah kita kenal.
Namun perlu diingat laman maya juga tempat penyebaran fitnah dan tempat mengaibkan seseorang.
Maka berhati hatilah dalam menulis dan jauhi daripada
mengaibkan seseorang kerana ianya akan mengakibatkan
sesuatu yang buruk dalam masyarakat.
Perkongsian ini juga dapat meredakan sedikit tekanan kerana kita akan sedikit menghabiskan masa dalam menaip cerita dan mengelakkan kita daripada memikirkan masalah .
Tips berkongsi masalah :
1. Kongsi masalah anda dengan tertib
2. Elakkan menyebut nama individu bagi mengelakkan perselisihan.
3.Menghormati individu lain.
4.Elakkan sebarang cerita yang mengaibkan
5.Menerima teguran dari rakan rakan
Blogger pon ada macam macam jenis
ada yang post kebaikan ,keburukan
anda sendirilah penentunya
keputusan sentiasa ditangan anda.
Buat keputusan yang bijak.
Assalamualaikum
ai...
No comments:
Post a Comment