JellyPages.com

Saturday, 31 August 2013

Ku Sangka Ajal Ku Tiba

Cerita ini berlaku ketika aku 
masih menuntut di Dungun,aku pon masih samar samar
dengan apa yang berlaku.


Ketika itu aku di semester 2 ,menetap di Kolej Tenggol
yang mana kami student DPA diletakkan bersama satu wing kolej.
Jadinya wing kami sangat meriah kerana rata rata jiran bilik kami,kami kenal.

Lupakan soal kolej ,ini satu detik yang ku alami 
pada suatu hari itu.
Malam itu tiada apa yang berlaku sebenarnya
kami satu roomates hanya berborak borak kosong
aku pon kurang ingat apa yang berlaku
kerana hampir 2 tahun berlalu.
Ketika aku merebahkan badanku ke katil
terasa sangat panas, degup jantungku kian sayup.

Dahiku berpeluh kuat.
Degup jantung yang sebelum ini berdegup kencang
kini kian perlahan. Aku bagaikan tak sedarkan diri
serupa berada dalam dunia sendiri.
Bisik hati ,adakah ajalku sudah tiba?
Nak bersuara ketika itu bagaikan tak berupaya
suara rakan rakanku sayup kedengaran dari atas katil.

Menitis air mata , apakah bekalku untuk bertemuMu 
Ya ALLAH?
lantas aku gapai telefon untuk sms ma 
ketika itu sudah lewat tengah malam
aku tak mahu menganggu ma tidur 
jadi ku fikir cukup untuk sms sahaja
ku kirimkan maaf dan moga dihalalkan makan minumku.
Pastinya ma terkejut dengan sms itu.

Aku juga masih belum pasti apa yang terjadi.
Terasa berada jauh dari mereka, padahal rakan rakanku ada berada di dalam bilik.
Mungkin asma datang kembali tapi aku tak begitu sesak nafas seperti sebelum ini.
Lantas aku bangun gagahkan diri mengambil wudhu'
istighfar dan mengucap bimbang ini malam terakhirku
Seusai semua itu aku rebahkan diri kembali ke atas katil
dan berdoa agar ALLAH masih panjangkan umurku.
Tiba tiba aku terus terlena dan sedar sedar terus subuh.

Alhamdulillah segala puji pujian
kepada ALLAH 
Sedikit sahaja ujian yang ALLAH berikan terus aku menggelabah.
Itu baru sedikit nikmat yang ditarik ,sekejap sahaja
mungkin ada langkahku yang tersasar dari agama 
lalu ALLAH beri peringatan.


Apa yang melucukan
ma agak terkejut dengan sms yang diterima
katanya bakpo la jadi lagu tu ,kito bimbang doh baca sms takut jadi gapo gapo.

Itu hanya pengalaman.
kami sekeluarga juga hampir maut ketika perjalanan pulang ke kuantan selepas beraya di K.B.
Masa itu aku di sekolah menengah.
Kereta kami terbabas ke bahu jalan berlanggar dengan 
kereta bertentangan haluan.
hancur rim ,cermin,tayar.
Nasib baik ALLAH masih panjangkan umur kami.

Alhamdulillah
Jadilah orang yang sentiasa bersyukur .
dan mengingati mati.

Assalamualaikum
ai...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...