Emm malasnya nak pergi tarawih,mesti ramai yang terdetik dalam hati macam ni kan lebih lebih lagi selepas berbuka puasa almaklumlah masa berbuka makan tak ingat dunia. Pelbagai juadah makanan terhidang didepan mata bak kata orang melayu mencekik sepenuh hati hihi. Dan seterusnya mengakibatkan malas untuk beribadah kerna terkena serangan kekenyangan bak ular kekenyangan. Namun ada yang berjaya mengawal nafsu mereka dengan makan sedikit dan seterusnya meneruskan untuk solat dahulu.
Dalam bulan Ramadhan ini adalah lebih baik kita berbuka dengan segera kerana ianya sunnah Rasulullah dan hanya makan sedikit dan teruskan dengan bersolat atau bersolat jemaah yang lebih baik dan meneruskan makan selepas habis solat kerana ianya akan membantu kita untuk beribadah dengan lebih kuhsyuk instead dari solat dalam keadaan kenyang yang akan menyebabkan sindrom mengantuk dan sebagainya.
Selepas solat maghrib kita pasti akan melantak makanan kegemaran kita (kalau ada lah haha) , dan akan memberikan kesan untuk beribadah , pada masa inilah nafsu bertindak dengan bijaknya untuk menghasut kita agar tidak ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah . Dan mesti ada yang tertanya kan? Ala solat tarawih bukan wajib pon sunnah je . Memang benar tak dinafikan persoalan anda tetapi ianya mungkin sebagai permulaan untuk anak anak kecil,remaja, dan yang tak pernah pon berjemaah di masjid atau surau untuk berbuat demikian untuk mengambil kesempatan untuk beribadah dalam bulan yang sangat mulia ini.
Okay balik pada cerita tadi hehe, err alhamdulillah kenyangnya, malasnya nak pergi tarawih (sekadar melakonkan aksi tersebut). Di sinilah bermulanya drama dari nafsu untuk menghalang kita dari berjemaah di masjid menghapuskan peluang untuk kita beribadah.Begitu juga aku (sebab itu tergerak nak tulis entry ni) namun kerana fikirkan peluang yang terhidang bukan selalu dan mungkin tidak ada lagi ramadhan untukku tahun depan lantas aku melawan propaganda nafsu.
Tak cukup dengan itu setelah kita berjaya melawan ujian peringkat pertama ,nafsu akan sekali lagi menguji kita ketika solat dengan datangnya sindrom mengantuk , yang akan menghilangkan kenikmatan beribadah dan hilangnya kekusyukan. Dan kita akan hanyut dalam dunia masing masing ketika solat dan amatlah rugi solat yang kita dirikan itu tidak sempurna.
Langkah Mudah menghilangkan sindrom mengantuk :
1. Berbuka di surau atau masjid kerana mereka akan berbuka sedikit dahulu kemudian solat
2. Berbuka dengan kurma atau makanan yang manis dan seteguk air masak
3. Kurangkan makan dan segera untuk bersolat
3 langkah mudah untuk mencari nikmat beribadah nampak simple kan,
namun perlu dititikberatkan agar ianya mendapat redha Allah
Apa yang penting :
1. Tunaikan solat fardhu ,afdhal secara berjemaah
2. Berpuasa di bulan Ramadhan
3. Tunaikan zakat.
Segala yang baik datang dari ALLAH S.W.T dan yang lemah itu datang dari saya sendiri,
ai.
Eh? Duduk Rumah Je Dapat Duit?
6 years ago
No comments:
Post a Comment