JellyPages.com

Friday, 23 August 2013

Munajat Hamba : Tangisan dalam Doa

Assalamualaikum kepada semua pembaca travelog ini
kali ini aku ingin menyapa kalian dengan satu perkongsian 
cerita antara kita dan cinta kita untuk pencipta iaitu 
ALLAH S.W.T

Pastinya ramai yang pernah berdoa bukan?
nampak mudah tapi susah buat mereka yang
tak beramal dengannya
kerana doa itu senjata orang mukmin 
dan indahnya Islam ini dalam setiap perbuatan dan aktiviti seharian kita dilengkapi dengan doa 
nak masuk tandas ada doa,nak tgk cermin ada doa
hatta nak pakai baju pon ada doa 
doa itu harapan bagi kita orang Islam yang mengharapkan semata mata pertolongan dari ALLAH S.W.T
namun doa itu perlu disertakan dengan hati yang ikhlas dan bersungguh sungguh mengharapkan pertolongan dari ALLAH.

doa yang dilakukan secara main main takkan memperoleh kemanisan beribadah dan kita sendiri takkan merasa kehebatan doa itu lantaran tiada redha dan rahmat kasih sayang Allah bersamanya.
Pernah tak seumur hidup anda,anda menangis ketika berdoa?

orang yang benar benar mengharapkan kasih sayang dari Allah akan menginsafi setiap perbuatannya dan merasakan hanya Allah Segala Penguasa.

Firman Allah S.W.T 
maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman : "Berdoalah kepada-Ku,nescaya Aku perkenankan untukmu 

                                                                                                      (Surah Ghafir 40 : 60)

Mukmin yang hebat akan sentiasa berdoa dan bermunajat kepada ALLAH dalam susah ataupun senang kerana dia yakin hanya Allah yang mampu memberi dan menarik balik tiap sesuatu nikmat yang diberikannya.

Syarat untuk doa makbul :
1. menjaga makanan dan minuman supaya tidak terambil yang haram dan yang syubhah
2. Harta yang digunakan jelas bersih dan halal punca pendapatannya
3. tidak melakukan perbuatan maksiat
4. hindarkan fikiran daripada perkara perkara yang tidak baik.

Dan tanda tanda doa dimakbulkan?
1. Terasa sesuatu yang menakutkan
2.menangis tatkala berdoa (bukan dibuat buat)
3.terasa menggeletar beberapa ketika semasa berdoa.

Kenapa kita boleh mengeluarkan air mata tatkala berdoa?
air mata itu tanda kerendahan hati kita berdoa kepada Allah dan kita sebagai hamba tiada daya upaya melainkan pertolongan dariNya.
seperti juga di dalam solat mukmin yang memahami dan menghayati apa yang dibacanya ketika solat akan mengalirkan air mata mengagumi keagungan Allah .
dan tangisan hamba itu juga satu nikmat dari Allah buat hambanya yang betul2 berharap kepadaNya kerana tangisan itu tak dapat diperoleh oleh mereka yang bersahaja di dalam berdoa.
Ianya memerlukan kesungguhan dan keikhlasan serta kekhusyukan
yang tinggi .



Apa yang terjadi jika kita menangis ketika berdoa?
Bagi yang sudah merasanya ianya seperti kenikmatan,kepuasan beribadah yang mana takkan dapat dibeli dengan wang malahan kemewahan.

Dalam beribadah itu memerlukan keikhlasan 
dan kemudian kekhusyukan akan datang bersamanya.

Aku bukan orang yang paling layak utk bercakap soal ini
hanya sebagai perkongsian
andai tersalah kata 
mohon ditegur
yang baik itu semuanya datang dari 
ALLAH S.W.T
dan yang buruk itu datang dari aku sendiri

semoga kita semua memperolehi apa yang dihajati.

Assalamualaikum
ai...
 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...