Assalamualaikum
Salam Aidil Adha buat Semua Umat Islam di seluruh dunia
Sudah ada yang demam barangkali :P
dek kerana makan macam macam makanan kan?
apa pon syukur atas nikmat yang masih diberikan oleh ALLAH
kita masih bernafas dan berada dalam nikmat iman dan nikmat Islam.
Kali ini aku ingin mengajak kita semua mengimbau peri pentingnya
seorang insan bernama Ayah
Setiap insan tidak akan terpisah dari insan bernama ayah,abah,walid,abi,daddy
dan sebagainya.
Bapa itu sebagai imam dalam sesebuah keluarga.
Imam yang menjadi nakhoda memimpin sebuah bahtera melayari kejayaan dunia akhirat
serta mencapai husnul khatimah yakni kesudahan yang baik.
Seorang bapa yang soleh akan memimpin anak dan keluarganya dengan jalan jalan cahaya
iaitu jalan yang diredhai ALLAH S.W.T
Membimbing anak anaknya dengan dakwah dan tarbiyah yang terbaik yang mampu dilakukannya
seperti mendidik dengan solat berjemaah dan perilaku akhlak yang terpuji.
Bagaimana jika seseorang itu kehilangan ayahnya sewaktu kecil lagi?
Sudah pasti banyak kehilangan yang akan dirasainya nilai seorang ayah disisinya.
Membawa diri dengan berdikari mencari bentuk identiti yang baik untuk dirinya.
Apatah lagi jika anak itu kecil tanpa bimbingan yang sewajarnya pasti kita akan hilang arah jalan
untuk belayar melayari bahtera yang kekal abadi.
Hilang saat mesra bersama seorang ayah saat rakan rakan lain mengucup mesra ayah mereka
lebih lebih disaat lebaran ataupun hari raya.
Pasti rasa sebak menyelubungi tiap hati yang mendambakan kasih seorang ayah.
Malah ada yang memberontak kerana kurangnya kasih sayang ayah apatah lagi buat mereka
yang tidak pernah merasainya.
Bayangkan sahaja punya ayah yang soleh.
Dapat sama sama solat berjemaah,ke mana mana bersama,mendapat bimbingan dari ayah
pelbagai lagi perkara yang boleh dilakukan bersama.
Terutamanya saat menunaikan solat hari raya ,mendengar sahaja takbir raya pasti tiap
insan yang kehilangan ibu bapa mereka akan menitiskan air mata.
Namun kehilangan itu pastinya ALLAH gantikan dengan nikmat yang lain.
ujian itu nikmat bagi mereka yang beriman dan buat mereka yang berfikir.
dan pastinya nilai hormat itu aku hulurkan buat mereka yang telah kehilangan ayah mahupun ibu
tapi mampu berjaya dengan cemerlang tanpa mengharapkan bantuan semata
lebih lebih lagi buat mereka yang bergelar yatim piatu.
Semoga kita semua terus diberikan rahmat dan kasih sayangNya.
Semoga kita terus diberikan kekuatan oleh ALLAH.
insyaAllah
amin
Semoga arwah abah juga berada bersama orang orang beriman dan beramal soleh.
Teruslah berdoa buat arwah ibu ayah kita kerna bekalan untuk mereka adalah
doa anak anak yang soleh.
Assalamualaikum.
Teruslah berdoa buat arwah ibu ayah kita kerna bekalan untuk mereka adalah
doa anak anak yang soleh.
Assalamualaikum.
Nice lah awak! :)
ReplyDelete