JellyPages.com

Monday 2 September 2013

Pemilik Nama Nur

Kisah Nur 

Dia seorang wanita yang penyabar ,tiap ujian dihadapinya dengan senyuman
Dia yang tak mudah melatah apabila diberi tekanan
Lidahnya sentiasa dibasahi dengan zikir dan ayat ayat Al Quran
Pastinya hanya ALLAH yang berada di dalam hati dan fikirannya.
Selalu menundukkan pandangan daripada memandang kaum adam .

Kehidupan sehariannya ditemani ibunya pengikat kasih dunia dan akhirat
Mereka saling mendoakan kebahagian masing masing
Pasti keduanya ingin menggapai cita cita tertinggi iaitu bertemu dengan ALLAH disyurga kelak.
Nur ini jika disapanya pasti anda kagum dengan karakternya
begitu lemah lembut dan sopan santun

suaranya sayup sayup kedengaran agar tidak melampaui batas.
Seperti kebanyakan orang juga ,dia juga insan biasa menghadapi ujian 
dan setiap ujian itu diiringi doa dan solat sunat 
bagi mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T

Baginya ujian itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNya.
Tidak diberikan ujian itu melainkan apa yang termampu oleh hambaNya.
Maka oleh sebab itu setiap tangisan setiap ujian pasti nur sambut dengan senyuman dan doa 
untuk memastikan dirinya tak tersasar dari rahmat ALLAH.

Soal berkawan pula nur berkawan dengan sesiapa sahaja 
tapi sentiasa berwaspada agar tak tersilap langkah 
yang kurang elok perangainya akan dinasihatinya dengan cara yang baik.
Begitulah kisah Nur apa yang dia mahu orang disekelilingnya turut ikut bahagia
jika mereka bahagia ,dia juga pasti turut senang.


2 comments:

  1. wah adakah seseorang yang istimewa bernama nur ini pada empunya blog?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe banyak lagi nak kena betul kan diri ni kalau nak wanita seperti nur ini cik farah .

      sekadar menulis cerita hihi. :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...