JellyPages.com

Monday 2 September 2013

Pengalaman Penasyid Amatur

Assalamualaikum semua sahabat :D
sebenarnya ini salah satu pengalamanku ketika berada di uitm dungun
timbul cita cita untuk bergiat dalam bidang nasyid sebenarnya dari bangku sekolah lagi
mungkin kerana masih belum kebetulan jadinya aku terpaksa memendamkan hasratku .

Menjadi pelajar ipt mendorong kita untuk menceburi bidang yang kita minat.
Dan ajakan dari seorang sahabat untuk menyertai persatuan nasyid disambut baik olehku 
walaupun sedar ramai yang hebat.
Ketika itu Group Entertainment of Muslim Arts mengadakan satu uji bakat
mencari pelapis nasyid kampus kami.
Ternyata ianya pengalaman yang menyeronokkan
Disinilah aku bertemu dengan senior senior iaitu abang hafiz,abang asyraf
abang ridhuan yang mendorong kami untuk bergerak aktif dalam nasyid.
Cita citaku satu untuk mempromosikan nasyid sebagai salah satu bidang dakwah.

Dan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan GEMA
bagi memberi pendedahan tentang persembahan.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 
Kami mula tahu bagaimana rasanya menjadi seorang penasyid.
Mungkin ramai yang tak tahu ada diantara kami pertama kali join nasyid.

Abang Aiman hihi
Semester dua bermula , pastinya ada diantara kami yang bersama dengan skuad senior
untuk melakukan persembahan ,yang bersuara baik dipilih melakukan
persembahan bersama senior.
Alhamdulillah kami maju setapak.
Mengadakan persembahan di dinner kolej sekitar kampus.
Begitulah rutin kami 

Setiap kali undangan jika ada kelapangan masa pasti kami akan bertandang ke majlis.
Semester ini juga kami dapat merasai pengalaman melawat ke Hijjaz Record.
Pastinya ia pengalaman yang menarik yang sukar dilupakan 
berjumpa dengan alumni gema sendiri di tasik shah alam.

Semester tiga pula kami mendapat peluang persembahan di dinner fakulti, dinner kolej.
Masa perlu dibahagi dengan baik agar pelajaran tak terkebelakang.
Iyalah latihan untuk persembahan pastinya perlu dilakukan.
Bagi memberi persembahan yang terbaik.
Tapi biasanya kami akan mengadakan latihan yang singkat dek kerana masa yang sangat
mencemburui kami.

Kadang kala ada juga persembahan di luar seperti persembahan di mrsm kuala berang
dan disekolah sekolah sekitar
dan juga persembahan marhaban di kenduri,majlis perkahwinan
bacaan selawat di majlis cukur jambur .
Alhamdulillah memberikan kami pengalaman yang baru.

Di akhir semester ini juga kami menyertai pertandingan Fiesta Muda Mudi UiTM Shah Alam.
Yang pada mulanya agak kelam kabut dengan kolej kediaman sementara ke shah alam
dan idea untuk melakonkan sirah muzikal yang tak pernah kami lakukan
ingatkan pertandingan nasyid

memberi kami suatu dimensi baru untuk memperkembangkan nasyid
walaupun eksperimen kami agak sedikit gagal.

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...