JellyPages.com

Thursday, 12 September 2013

My Story on Student registration Day: UiTM Shah Alam Sesi Sept

 

Dah masuk hari yang ketiga di shah alam.

Perjalanan ke shah alam.
Hari Sabtu lepas aku dan ma bertolak dari kuala terengganu menaiki bas dan sampai ke shah alam kira kira 7.30 pagi.
Yang lucunya bas kami mati di tol bentong sebaik sahaja driver membayar duit.
dan terpaksa naik bas yang lain pula.

Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar pada hari pendaftaran
Padang kawad UiTM
untuk pendaftaran kena berhenti dan park kereta disini seterusnya naik bas uitm ke kolej masing masing.
Untung ayah saudara ada kenal staff dalam ni so kitaorang naik kereta ke kolej perindu.
Dah siap daftar aku ke semenyih dengan family untuk ziarah saudara disana.
Dan makan makan sebelum balik semula ke kolej.

Sayu pulak terasa apabila bersalam dengan ma ketika balik.
Semoga ma sihat sihat selalu.

Hari pertama kami berjalan ke Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
untuk sesi taklimat yang pertama. hampir setengah jam atau lebih kami sampai ke fakulti 
tapi apa yang menarik kami bertemu dengan cucu cicit batu caves ahaha
dengan menjejak tangga ini kita akan sampai ke FSPPP.
memang ramai lah untuk hari pertama dan seperti biasa kaum perempuan memonopoli di mana mana kampus
dan fakulti.

Di hari pertama kami mendengar taklimat fakulti ,transfer credit serta amanah ringkas bersama KPP.
dan jumpa ramai jugak senior senior yang berada di dungun dahulu.
 Memang agak meriah pada hari pertama dan kebanyakan muka familiar ada yang aku jumpa di dungun dan ada yang aku jumpa di kem kepimpinan.
Yang excitednya ramai batch dari dungun turut bersama kami
tapi sayangnya kami dipisahkan kelas.
So nak tak nak kena redha je lah berpisah kelas.
Keesokannya pula kami ada taklimat bersama dekan dari pagi sampai ke petang.
di Dewan Agung Tuanku Canselor
 
Macam macam taklimat ada, dari dekan , Program Pemantapan Wawasan
Taklimat dari Perpustakaan,Unit NR dan macam macam lagi.

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa,so layankan aje lah ye 
hehe
Assalamualaikum 
ai...

 

4 comments:

  1. untong jgk dapat SA.
    ramai kwn dari dungun.
    Kalo dapat arau .. boleh kira bdk dari dungun. tapi pasti ada hikmahNYa.
    Semoga berjaya, selamat menempuhi alam degree

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe alhamdulillah , rezeki masing2
      insyaAllah ada hikmahnya tuu.

      tapi mmg kat sini pergi mana2 pon jumpa bdk dungun hehe

      insyaAllah , u too friend :D

      Delete
  2. pernah pegi sini..luas juga uitm..:) selamat stdy! best of luck.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...