Setiap orang punya kisah cinta masing masing
Setiap orang juga punya ciri ciri idaman di hati
Ingin ku ceritakan kisah dari sahabatku
ciri idaman yang ingin disuntingnya
Nur
bermaksud cahaya yang bakal menerangi sebuah rumahtangga
Gadis ini tinggal di kampung,membesar dalam keadaan
sederhana sahaja.
Apa yang istimewa tentang nur ini
Dia sudah kehilangan ayahnya sejak kecil lagi
Ayahnya meninggal kerana sakit jantung.
Semenjak itu ibunya segala gala buatnya.
Sejak kecil lagi nur diberi didikan agama oleh ibunya
tak kira menerima langsung dari ibu ataupun
dari ustazah ustazah yang mengajarnya
Dalam hati kecil Nur ini satu hari nanti dia ingin menjadi
orang yang luar biasa.
Mahu menjadi hamba yang diredhai ALLAH.
Puan Hajar ibu kepada Nur semestinya mahu
nur menjadi anak yang solehah
berjaya dunia dan akhirat.
Walaupun kehilangan ayah pastinya puan hajar takkan
membiarkan nur kehilangan kasih sayang dari seorang ayah.
Dari kecil diasuhnya dan dihantar nur ke pusat mengaji dan belajar agama.
Pabila nur sudah remaja dihantar pula nur ke sekolah agama
agar jiwanya terdidik dengan agama dan hatinya sentiasa bersih
daripada perkara dunia.
Tidak seperti anak anak lain biarpun kehilangan ayah
nur banyak berdikari selain mengharapkan ibunya
tidak sekali pon berkata ehh kepada ibunya.
Begitulah cinta mereka dua beranak.
Di sekolah nur antara murid yang cemerlang ,rajin berusaha
mungkin juga kerana berkat doa ibunya.
Nur sering ditemani kawan baiknya iaitu aisyah dan ainul
kawan yang banyak membantunya menjadi seorang yang
lebih istiqamah.
Bersambung.
No comments:
Post a Comment