JellyPages.com

Wednesday 4 September 2013

Kisah Aku,Pawagam dan Gajet

Setiap orang punya kisah mereka dan juga cita cita
begitu juga aku ,acecei dah macam karangan pulak haha
sebelum terlupa Assalamualaikum semua kawan kawan !
harap semuanya sihat walaupun aku tak berapa sihat ketika berbaki beberapa hari lagi
sebelum mendaftarkan diri sebagai Bachelor Student Of UiTM.

Kali ini aku nak bercerita tentang wayang,cinema or pawagam


Pasti ramai diantara kita yang sudah menjejakkan kaki ke panggung wayang bukan?
malah ada yang menjadikannya sebagai hobi jika ada masa terluang
keluar dengan kawan kawan,family or boyfriend maybe untuk menonton filem yang baru keluar 
sambil menghabiskan masa bersama 
Agak agak korang lah kan dari kecil sampai ke besar ,malah ada yang dah ada anak berapa
kali korang dah ke panggung wayang?
beribu atau beratus kali? 

Bagi aku panggung wayang dengan aku tak begitu rapat 
kalau ikut kiraan aku baru sekali aku ke panggung wayang itupon masa keluar dengan sahabat baik aku 
ketika berada di kuantan iaitu widad dan hafiz itupon macam nak tak nak je masuk ahaha.
Ketika itu kami berada di zaman sekolah menengah .
Dari sudut pandangan aku ianya bagaikan pembaziran untuk melihat sebuah cerita yang mengambil kos sekitar berbelas ringgit.
Adalah lebih baik ianya digunakan untuk keperluan lain seperti shopping baju or something yang boleh dilihat
kewujudannya.
Tapi kalau sekali sekala tak salah bukan menonton di pawagam?
Ini hanya pandangan kolotku ,kerana aku ini jenis yang penjimat ,tak suka sesuatu yang membazir.

Kisah Gajet
Kalau orang lain ada passion tentang lifestyle aku juga ada sedikit desire .
Bagi perempuan pastinya fesyen baju dan kosmetik menjadi kegilaan bukan?
dan bagi lelaki pula aksesori serta kasut menjadi hobi mereka.
Untuk aku pula aku lebih kepada telefon bimbit.

Meski tidak berkemampuan untuk memiliki keluaran yang terkini pada masa itu
zaman sekolah mana ada duit kan sampailah ke hari ini
aku jenis yang suka melihat kepada handphone
tapi xde lah sampai tahap gila handphone kan.
Seingat aku, aku akan ke bandar masa tu masih menetap di indera mahkota kuantan
hujung minggu aku akan keluar menaiki bas ke bandar sama ada ke kuantan parade atau kompleks teruntum
lokasi menarik untuk melihat handphone yang dijual ,terdapat banyak kedai
yang menjual sampai rambang mata habaq hang hihi.
begitulah rutinku sama ada keluar sorang sorang ataupun bersama kawan kawan yang lain.

Aku akan habiskan masa berjam jam pusing satu shopping mall tu sambil sambil cuci mata dan survey harga 
setiap kedai . Ye lah kan nak beli yang mahal mahal tak mampu.
So kita survey harga je dulu ,kalau ada duit nanti kita akan beli 
tak pon aku akan tolong promote kepada member member kat mana nak beli.

Inilah kerja atau hobi aku ketika di usia remaja.
Seronok bila tengok kawan kawan pakai gajet or handphone yang best best 
dan menyebabkan kita berusaha untuk mendapatkannya dengan cara yang halal.

Ini sahaja kisah aku 
kisah anda pula bagaimana?
ada sesuatu yang anda minat sangat ketika zaman remaja?
kongsikan bersama kami hehe


6 comments:

  1. wayang ea, dalam setahun 2 atau 3 kali sj, de pn xpernah. haha. baik download je boleh tgk byk kali. kihkihkih..

    mira kureng skit gajet2 nih, tgk gajet power2 mahal2 suka la tp belinye tak pun. ckup la pe yg de skrg mngikut kemampuan.

    mira suka kumpul shawl/tudung. miahaha. berkotak kotak dah de pelbagai jenis. blh buka gerai pasar mlm.

    and one more thing sejak skolah mira suka kumpul bnda yg nmpok comel. dop kira la benda tuh besar ke kecik ke, buku nota comel pun de kumpul. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe biasalah tgk ,yang free best sikit feeling dia hahah.

      samalah kita. tengok benda mmg suka hehe
      okaylah tu nanti boleh bukak business sendiri kan

      dia kreatif mmg lah suka benda comel2 hahah

      Delete
    2. hahaha, hangla feeling lebih.
      business sendiri ea..maybe? hihi
      bhahaha haruslah kawannye ni punn..

      Delete
    3. hahaha bagus bagus . goodluck friend :D

      Delete
  2. sejak preggy ni dah lama tak jejak ke cinema...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi xpew sabar kak ,nanti dah lepas semua bolehlah pergi lagi kan hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...