JellyPages.com

Saturday, 28 September 2013

Catatan Siswa : Perbelanjaan Sebagai Pelajar

Assalamualaikum semua :D 
Lama tak menjengah dan menulis rasanya
Kini dah masuk minggu ketiga aku berada di shah alam
Semuanya kelihatan masih terkawal hehe
menunggu untuk meletup apabila di beri assigments dan juga beberapa tugas yang lain.
Okay !
Bukan itu sebenarnya aku nak bebelkan pada hari ini.
Tema kita pada hari ini ialah Perbelanjaan Pelajar
Kenapakah aku menyentuh soal ini?
jom kita selidik :


Ini hanya anggaran kasar aku:
Perbelanjaan Harian (Minima) : RM 10 Sehari
Perbelanjaan Bulanan : RM 10 x 30 Hari : RM300


Dicampur dengan Perbelanjaan Dapur atau Kelengkapan Diri = Rm 200
Plus Accessories or Education Spending = RM 250
Plus Broadband and Top Up RM 70

Mengikut Kiraan Kasar : 
Perbelanjaan Minima Bulanan untuk seorang pelajar ialah RM 350.

Itu belum lagi dicampur dengan belanja belanja ringan seperti makanan ringan
Yang menetap di rumah sewa : minima rm 100 sebulan

Dan satu lagi tabiat pelajar , apabila sebaik sahaja wang PTPTN dimasukkan ke dalam akaun
duit itu akan digunakan seolah olah tiada lagi hari esok.
Sebagai contoh beli handphone baru,gajet,shopping,dan sebagainya
Sekali sekala tak ape,tapi kalau banyak kali mahu tak bankrup kan?
Peringatan untuk diri sendiri juga agar sentiasa berjimat cermat,
Elakkan berbelanja yang tak sepatutnya.

Try to maintain spending less than RM 400 per month.
Otherwise it could be , nightmare to our spending plan.
Tapi kalau anda anak orang kaya silakan untuk berbelanja lebih tak de orang nak marah hihi
Sebagai orang yang bersederhana aku try untuk merancang perbelanjaan since from diploma.

 Assalamualaikum 
ai...
 

 


Saturday, 21 September 2013

Coretan Siswa : Kembara Shah Alam

Assalamualaikum semua hihi
Sihat tak?
harapnya korang semua sihat je lah ye bak kata sihat muda remaja 
Alhamdulillah aku kini minggu kedua berada di UiTM Shah Alam 
semuanya masih normal bagiku, tidak ada yang begitu memeranjatkan 
as i expected suasana dan keadaannya hehe
tapi bagi yang kali pertama menjejakkan kaki ke sini pastinya punya sisi yang berbeda kali.

Okay aku nak kongsi pengalaman setakat berada di sini 
1. Orang orang di sini agak peramah tak kurang jugak ada yang tidak 
2. Untuk ke kuliah pastikan anda sudah sejam lebih awal menunggu bas bagi memastikan sampai awal 
ke kelas. ( kalau tunggu lewat faktor nak sampai ke kelas lewat adalah tinggi)
3. Pengalaman untuk berhimpit himpit dengan ramai orang terutamanya perempuan akan berlaku di dalam bas.
4. Waktu jadual kelas yang agak memenatkan ,bayangkan aku sekarang ni hari isnin dah ada 5 class 
penat bak hang. 
5. Survival diri ,memandangkan berada di degree level memang kena survive pon dari semua sudut.
Apa yang penting bagaimana kita bawa diri kita untuk ke tahap yang lebih baik bukan?
tak kiralah dimana jua pon kita dicampak.

Setiap orang punya peluang
tapi apa yang lebih penting di sebalik peluang itu
bagaimana dia corakkan peluang itu untuk menjadi masa depan
yang gemilang.
 Jangan lupa makan abc di seksyen 2 ,sedap nyamnyam hihi
ai...

Wednesday, 18 September 2013

Pusing sekitar Kuala Lumpur, Selangor

 Ke Pudu Raya 

Sempat ke Sate Kajang Haji Samuri 
sebelum bergerak ke rumah tok su hehe

ramai yang datang membawa anak anak beriadah disini

Friday, 13 September 2013

Sesi latihan persembahan : Lagu Kehidupan & Sendu Sendawa

Sesi Latihan Persembahan kami 
lagu yang dipilih : Kehidupan by Inteam dan Nazrey Johani
lagu kedua : Sendu Sendawa dari Mestica
Just video pendek dari kami 
jemput tonton

Pengecualian Kredit : Bachelor of Administrative Science UiTM Shah ALam

Assalamualaikum semua :D
Alhamdulillah kami semua sudah selamat mendaftarkan diri menjadi Pelajar Sarjana Muda Sains Pentadbiran
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.

Dan seperti yang student uitm tahu sesiapa yang menyambung ke peringkat bachelor dan dari diploma
untuk kos yang sama akan terus diserap ke semester tiga.
Kami semua juga diserapkan ke semester 3 melalui credit transfer atau pengecualian kredit.
Berikutan subjek yang ada dalam bachelor sudah pon kami ambil sewaktu diploma dahulu.

Contohnya seperti subjek CTU, BEL,MAT,QMT,PAD,LAW,ECONOMICS,ACCOUNT dan banyak lagi.
Memang agak bernasib baik dapat buat pc (pengecualian kredit)
Tapi banyak subjek kitaorang sudah ditukar kalau dulu subjek tu ambil masa part 3
sekarang kena ambil masa part4
begitu juga yang lain ada subjek kena ambil masa part 4 kami dah ambil untuk part 3
mesti ada yang confuse apa yang aku cuba sampaikan kan? haha rilex jangan pening pening

Yang paling tak best dengar kata kami tak boleh transfer subjek ent/etr ataupun lebih mesra dipanggil
entrepreneurship yang sangat banyak projek untuk dilaksanakan dan memakan duit dan sebagainya.
Harapnya ada penyelesaian untuk subjek ini.
memang berharap agar tak ambil subjek ini buat kali kedua sebab masa diploma kami dah ambil subjek ni.
Dan untuk memastikan kesamaan subjek ini ,kitaorang kena masuk class terlebih dahulu.
 Itu sahaja buat masa ini.

Assalamualaikum
ai...

Thursday, 12 September 2013

My Story on Student registration Day: UiTM Shah Alam Sesi Sept

 

Dah masuk hari yang ketiga di shah alam.

Perjalanan ke shah alam.
Hari Sabtu lepas aku dan ma bertolak dari kuala terengganu menaiki bas dan sampai ke shah alam kira kira 7.30 pagi.
Yang lucunya bas kami mati di tol bentong sebaik sahaja driver membayar duit.
dan terpaksa naik bas yang lain pula.

Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar pada hari pendaftaran
Padang kawad UiTM
untuk pendaftaran kena berhenti dan park kereta disini seterusnya naik bas uitm ke kolej masing masing.
Untung ayah saudara ada kenal staff dalam ni so kitaorang naik kereta ke kolej perindu.
Dah siap daftar aku ke semenyih dengan family untuk ziarah saudara disana.
Dan makan makan sebelum balik semula ke kolej.

Sayu pulak terasa apabila bersalam dengan ma ketika balik.
Semoga ma sihat sihat selalu.

Hari pertama kami berjalan ke Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
untuk sesi taklimat yang pertama. hampir setengah jam atau lebih kami sampai ke fakulti 
tapi apa yang menarik kami bertemu dengan cucu cicit batu caves ahaha
dengan menjejak tangga ini kita akan sampai ke FSPPP.
memang ramai lah untuk hari pertama dan seperti biasa kaum perempuan memonopoli di mana mana kampus
dan fakulti.

Di hari pertama kami mendengar taklimat fakulti ,transfer credit serta amanah ringkas bersama KPP.
dan jumpa ramai jugak senior senior yang berada di dungun dahulu.
 Memang agak meriah pada hari pertama dan kebanyakan muka familiar ada yang aku jumpa di dungun dan ada yang aku jumpa di kem kepimpinan.
Yang excitednya ramai batch dari dungun turut bersama kami
tapi sayangnya kami dipisahkan kelas.
So nak tak nak kena redha je lah berpisah kelas.
Keesokannya pula kami ada taklimat bersama dekan dari pagi sampai ke petang.
di Dewan Agung Tuanku Canselor
 
Macam macam taklimat ada, dari dekan , Program Pemantapan Wawasan
Taklimat dari Perpustakaan,Unit NR dan macam macam lagi.

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa,so layankan aje lah ye 
hehe
Assalamualaikum 
ai...

 

Friday, 6 September 2013

Picture Collections

Suka suka je ambil gambar ni buat kenangan
Khas buat kem pelajar Asrama SMK DMAS

Proud with the teams
Always support The Red Warriors
#TRW

Ayuh Kelateku hari ini kita pasti menang hihi

Thursday, 5 September 2013

Lagu Erti Syukur dan Istikharah Cinta

Lagu ini dinyanyikan sempena persembahan kami 
dan ini merupakan video latihan sahaja
biasa sahaja sebab buat simple training hehe
kualiti audio pon kurang memuaskan 
terakam dengan tak sengaja 
hope bole diterima 

Support us Okay :D
 Lagu : Erti Syukur
Artis Asal : UNIC

Lagu 2 : Istikharah Cinta 
Artis Asal : Sigma 

Dan ini persembahan terbaru GEMA
yang dianggotai oleh junior junior kami .
yang merupakan pimpinan terkini
Goodluck guys!
                              

Anak anak Permata Negara

Anak anak Permata Negara
Ibu bapa yang menentukan anak itu nanti jadi apakah dia
jalan mana yang dipilih kebaikan atau keburukan
dengan cara mendidik anak dengan ilmu .
Cara didikan yang baik dan diisi denngan nilai agama akan mencorakkan perjalanan
kehidupan anak anak menjadi lebih baik.

Hiasilah minda dan hati anak anak kita dengan nilai yang baik
dengan memberikan mereka ilmu yang bermanfaat.
Kejayaan anak anak pada masa akan datang ditentukan dengan didikan daripada ibu bapa.

Jom lihat reaksi anak anak kecil ini 


my mum pergi memantau tadika di pulau hehe
Sebuah tadika di pulau
 p/s: mendengar cerita ma yang mana guru guru sanggup meredah sungai utk sampai ke pulau semata mata untuk mengajar adik adik kecil ini 
nyata mengharukan hati.

respect kepada semua guru yang sanggup berkorban dan menggadaikan nyawa untuk menyampaikan ilmu.


Wednesday, 4 September 2013

Kisah Aku,Pawagam dan Gajet

Setiap orang punya kisah mereka dan juga cita cita
begitu juga aku ,acecei dah macam karangan pulak haha
sebelum terlupa Assalamualaikum semua kawan kawan !
harap semuanya sihat walaupun aku tak berapa sihat ketika berbaki beberapa hari lagi
sebelum mendaftarkan diri sebagai Bachelor Student Of UiTM.

Kali ini aku nak bercerita tentang wayang,cinema or pawagam


Pasti ramai diantara kita yang sudah menjejakkan kaki ke panggung wayang bukan?
malah ada yang menjadikannya sebagai hobi jika ada masa terluang
keluar dengan kawan kawan,family or boyfriend maybe untuk menonton filem yang baru keluar 
sambil menghabiskan masa bersama 
Agak agak korang lah kan dari kecil sampai ke besar ,malah ada yang dah ada anak berapa
kali korang dah ke panggung wayang?
beribu atau beratus kali? 

Bagi aku panggung wayang dengan aku tak begitu rapat 
kalau ikut kiraan aku baru sekali aku ke panggung wayang itupon masa keluar dengan sahabat baik aku 
ketika berada di kuantan iaitu widad dan hafiz itupon macam nak tak nak je masuk ahaha.
Ketika itu kami berada di zaman sekolah menengah .
Dari sudut pandangan aku ianya bagaikan pembaziran untuk melihat sebuah cerita yang mengambil kos sekitar berbelas ringgit.
Adalah lebih baik ianya digunakan untuk keperluan lain seperti shopping baju or something yang boleh dilihat
kewujudannya.
Tapi kalau sekali sekala tak salah bukan menonton di pawagam?
Ini hanya pandangan kolotku ,kerana aku ini jenis yang penjimat ,tak suka sesuatu yang membazir.

Kisah Gajet
Kalau orang lain ada passion tentang lifestyle aku juga ada sedikit desire .
Bagi perempuan pastinya fesyen baju dan kosmetik menjadi kegilaan bukan?
dan bagi lelaki pula aksesori serta kasut menjadi hobi mereka.
Untuk aku pula aku lebih kepada telefon bimbit.

Meski tidak berkemampuan untuk memiliki keluaran yang terkini pada masa itu
zaman sekolah mana ada duit kan sampailah ke hari ini
aku jenis yang suka melihat kepada handphone
tapi xde lah sampai tahap gila handphone kan.
Seingat aku, aku akan ke bandar masa tu masih menetap di indera mahkota kuantan
hujung minggu aku akan keluar menaiki bas ke bandar sama ada ke kuantan parade atau kompleks teruntum
lokasi menarik untuk melihat handphone yang dijual ,terdapat banyak kedai
yang menjual sampai rambang mata habaq hang hihi.
begitulah rutinku sama ada keluar sorang sorang ataupun bersama kawan kawan yang lain.

Aku akan habiskan masa berjam jam pusing satu shopping mall tu sambil sambil cuci mata dan survey harga 
setiap kedai . Ye lah kan nak beli yang mahal mahal tak mampu.
So kita survey harga je dulu ,kalau ada duit nanti kita akan beli 
tak pon aku akan tolong promote kepada member member kat mana nak beli.

Inilah kerja atau hobi aku ketika di usia remaja.
Seronok bila tengok kawan kawan pakai gajet or handphone yang best best 
dan menyebabkan kita berusaha untuk mendapatkannya dengan cara yang halal.

Ini sahaja kisah aku 
kisah anda pula bagaimana?
ada sesuatu yang anda minat sangat ketika zaman remaja?
kongsikan bersama kami hehe


Ali Din : lagu Ibu tersayang (lagu untuk arwah ibu)

Ali Din?
 Mungkin masih ramai yang belum mengenali adik ini begitu juga aku
diharap dengan sedikit penulisan ini dapat berkongsi tentang adik ini.

Ali Din ialah artis baru yang bernaung di bawah Hijjaz Record 
dan video dibawah ini adalah lagu ciptaan dia sendiri yang didekasikan khas buat arwah ibu tersayang
semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan orang orang yang beriman dan solehah.
Semoga adik juga berjaya menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.
InsyaAllah amin amin amin.

Dan yang masih belum tahu adik Ali ini memiliki suara yang sedap rugi kalau tak tengok 
lagu pon best!!! thumbs up for you adik!
 Nak cerita banyak banyak pon tak kenal adik ni
kita tunggu berita dari Hijjaz

Walaupun apa pon jom support adik Ali Din.

Nak tahu lebih lanjut tonton video ini okay :D


                                     

Tuesday, 3 September 2013

Selamat Hari Lahir Anwar !

Assalamualaikum semua 
tahu tak hari ni hari apa?
haa hari selasa kan? haha bersamaan dengan 3 sept 2013
Pada tarikh ini jugalah aku dilahirkan 3 sept 1992 
di Hospital Besar Melaka
yup dilahirkan di Melaka
hasil campuran johor dan kelantan haha
jawa campur siam kot .

Apa pon nak ucap untuk diri sendiri
Sanah Helwah Anwar
Selamat Hari Lahir 
Selamat Hari Tua hihi finally kena sedar diri 
yang ke berapa?
baru nak masuk 18 tahun ni haha oops silap dah 21 tahun 
aku hidup.
Alhamdulillah masih diberikan peluang oleh ALLAH untuk melihat dunia ini.
Ucapan untuk diri sendiri :
 Semoga menjadi anak yang soleh
berjaya dunia dan akhirat.
Happykan ma
dapat membimbing family ke arah yang lebih baik.
Sentiasa ingat pada ALLAH.
sumbangkan sesuatu pada agama.
Jadi orang yang berguna.


Dapat wish pertama seperti selalu dari IPPBM 
iaitu Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia
Rasa kelas gitu kan haha tahun lepas pon IPPBM wish jugak
Thanks to IPPBM and YB K.J 

semoga doa itu menjadi kenyataan,insyaAllah amin amin amin.

Dan tak lupa terima kasih juga pada semua sahabat yang sudi wish walaupun ada yang mengenali diri ini
dan ada juga yang tak kenal as example wish hb kat fb haha 
kalau yang kenal mesti dia wish panjang panjang sikit kan.

terima kasih sekali lagi semua yang mengucapkan dan mendoakan saya.
semoga ucapan kalian menjadi doa dan menjadi kenyataan suatu hari nanti..
hanya ALLAH yang mampu membalas.

Teringat pulak zaman zaman sekolah kawan kawan bagi hadiah bagai kan haha
tapi jujurnya aku tak suka kalau orang bagi hadiah sebab nanti nak kena balas balik
pelik kan?
nak buat macam mana bukan orang berduit hihi.

Kalau bab sambutan hari lahir ni family kitaorang cuma sambut masa kecil2 dulu.
Sekarang cuma buat makan makan kecil sahaja antara kami.
Semalam ma oustation ke pasir putih memantau tadika 
jadinya aku sambut sorang soranglah haha
sob sob.

Impian dan harapan :
Pastinya ingin menjadi orang yang berjaya dunia akhirat.
Kalau dapat PTD pon okay haha.
Tapi impianku untuk menjadi seorang tokoh korporat atau ahli perniagaan
yang berjaya.
Yang penting kena berjaya sebab kami bukan orang senang sangat.
Kalau ada rezeki lebih nanti
insyaAllah akan digunakan untuk membantu yang memerlukan.
sebab aku sendiri dah rasa apa itu erti kesusahan.
 Memiliki sebuah keluarga yang bahagia.
nampak tak?
tak lama dah nak makan nasi minyak ni
tapi calon pulak xde haha
 
okaylah dah banyak merapu ni .
sekian
 
p/s : rasa rasa kalau nak bagi present tu jangan segan segan bagitahu ea hahah  :P
 
Assalamualaikum
ai...

Monday, 2 September 2013

Pemilik Nama Nur

Kisah Nur 

Dia seorang wanita yang penyabar ,tiap ujian dihadapinya dengan senyuman
Dia yang tak mudah melatah apabila diberi tekanan
Lidahnya sentiasa dibasahi dengan zikir dan ayat ayat Al Quran
Pastinya hanya ALLAH yang berada di dalam hati dan fikirannya.
Selalu menundukkan pandangan daripada memandang kaum adam .

Kehidupan sehariannya ditemani ibunya pengikat kasih dunia dan akhirat
Mereka saling mendoakan kebahagian masing masing
Pasti keduanya ingin menggapai cita cita tertinggi iaitu bertemu dengan ALLAH disyurga kelak.
Nur ini jika disapanya pasti anda kagum dengan karakternya
begitu lemah lembut dan sopan santun

suaranya sayup sayup kedengaran agar tidak melampaui batas.
Seperti kebanyakan orang juga ,dia juga insan biasa menghadapi ujian 
dan setiap ujian itu diiringi doa dan solat sunat 
bagi mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T

Baginya ujian itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNya.
Tidak diberikan ujian itu melainkan apa yang termampu oleh hambaNya.
Maka oleh sebab itu setiap tangisan setiap ujian pasti nur sambut dengan senyuman dan doa 
untuk memastikan dirinya tak tersasar dari rahmat ALLAH.

Soal berkawan pula nur berkawan dengan sesiapa sahaja 
tapi sentiasa berwaspada agar tak tersilap langkah 
yang kurang elok perangainya akan dinasihatinya dengan cara yang baik.
Begitulah kisah Nur apa yang dia mahu orang disekelilingnya turut ikut bahagia
jika mereka bahagia ,dia juga pasti turut senang.


Pengalaman Penasyid Amatur

Assalamualaikum semua sahabat :D
sebenarnya ini salah satu pengalamanku ketika berada di uitm dungun
timbul cita cita untuk bergiat dalam bidang nasyid sebenarnya dari bangku sekolah lagi
mungkin kerana masih belum kebetulan jadinya aku terpaksa memendamkan hasratku .

Menjadi pelajar ipt mendorong kita untuk menceburi bidang yang kita minat.
Dan ajakan dari seorang sahabat untuk menyertai persatuan nasyid disambut baik olehku 
walaupun sedar ramai yang hebat.
Ketika itu Group Entertainment of Muslim Arts mengadakan satu uji bakat
mencari pelapis nasyid kampus kami.
Ternyata ianya pengalaman yang menyeronokkan
Disinilah aku bertemu dengan senior senior iaitu abang hafiz,abang asyraf
abang ridhuan yang mendorong kami untuk bergerak aktif dalam nasyid.
Cita citaku satu untuk mempromosikan nasyid sebagai salah satu bidang dakwah.

Dan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan GEMA
bagi memberi pendedahan tentang persembahan.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 
Kami mula tahu bagaimana rasanya menjadi seorang penasyid.
Mungkin ramai yang tak tahu ada diantara kami pertama kali join nasyid.

Abang Aiman hihi
Semester dua bermula , pastinya ada diantara kami yang bersama dengan skuad senior
untuk melakukan persembahan ,yang bersuara baik dipilih melakukan
persembahan bersama senior.
Alhamdulillah kami maju setapak.
Mengadakan persembahan di dinner kolej sekitar kampus.
Begitulah rutin kami 

Setiap kali undangan jika ada kelapangan masa pasti kami akan bertandang ke majlis.
Semester ini juga kami dapat merasai pengalaman melawat ke Hijjaz Record.
Pastinya ia pengalaman yang menarik yang sukar dilupakan 
berjumpa dengan alumni gema sendiri di tasik shah alam.

Semester tiga pula kami mendapat peluang persembahan di dinner fakulti, dinner kolej.
Masa perlu dibahagi dengan baik agar pelajaran tak terkebelakang.
Iyalah latihan untuk persembahan pastinya perlu dilakukan.
Bagi memberi persembahan yang terbaik.
Tapi biasanya kami akan mengadakan latihan yang singkat dek kerana masa yang sangat
mencemburui kami.

Kadang kala ada juga persembahan di luar seperti persembahan di mrsm kuala berang
dan disekolah sekolah sekitar
dan juga persembahan marhaban di kenduri,majlis perkahwinan
bacaan selawat di majlis cukur jambur .
Alhamdulillah memberikan kami pengalaman yang baru.

Di akhir semester ini juga kami menyertai pertandingan Fiesta Muda Mudi UiTM Shah Alam.
Yang pada mulanya agak kelam kabut dengan kolej kediaman sementara ke shah alam
dan idea untuk melakonkan sirah muzikal yang tak pernah kami lakukan
ingatkan pertandingan nasyid

memberi kami suatu dimensi baru untuk memperkembangkan nasyid
walaupun eksperimen kami agak sedikit gagal.

 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...