JellyPages.com

Thursday, 24 October 2013

Kisah Dhuha dan Hajat

Pastinya zaman sekolah merupakan zaman yang paling manis sepanjang hidup kita bukan?
Malah ada juga yang mengalami zaman kepahitan ketika dibangku sekolah.
Yang pastinya ramai tidak dapat menafikan ketika di zaman sekolah lah 
banyak benda tercipta.
Pengalaman dan juga pencarian identiti yang membentuk diri kita menjadi siapa 
diri kita hari ini.
Kali ini aku ingin ceritakan kisah di sekolah aku
SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad 
Bandar Indera Mahkota Kuantan
Pahang
Tempat yang banyak aku menimba ilmu dan mencari layar dan haluan.
"Tiba waktu rehat sekolah"
"Pukul 10 pagi "
Pastinya ramai akan bergegas ke kantin untuk mendapatkan makanan bagi mengisi perut yang lapar
Masing masing tanpa berfikir apa apa akan mendapatkan makanan masing masing
lalu mengenyangkan perut
namun ada segelintir pelajar yang memilih untuk mengisi hati mereka dengan makanan rohani
mereka ke surau sekolah,mengambil wudhu' lalu menunaikan 
solat sunat dhuha dan juga hajat
walaupun bukanlah dalam kumpulan yang besar 
Namun alhamdulillah ianya masih satu usaha yang boleh dianggap berjaya
tanpa menghiraukan rakan rakan lain yang sedang sibuk dengan kerja masing masing
mereka ini akan mengisi waktu rehat mereka dengan solat sunat dan mengaji
ianya satu pengalaman yang memberi kesan pada hati.
Pastinya memberi kesegaran pada akal dan juga minda.
Yang lebih penting apabila hati ikhlas menghadap Pencipta
Pasti keseronokan dan keterujaan yang tak terhingga berbekas.
"Mereka mengharap keredhaanNya"
Pernah sekali juga , guru penolong kanan menghargai mereka ini dengan memberikan hadiah 
umpama memberi semangat
 Bukanlah bertujuan sebagai balasan tetapi sebagai perangsang untuk mereka ini
terus istiqmah dalam perjuangan mereka.
Aku turut seronok melihat sahabat sahabat semuanya berjuang untuk diri mereka
mengisi masa yang terluang dengan ibadah.
Biarlah dimana pon kita ,andai teguh kita di jalan ALLAH 
pasti kita tetap setia bersamaNya.
Kongsikan kisah anda disini :)
Assalamualaikum 
 

Friday, 18 October 2013

Memori Zaman Sekolah

Duk belek file file lama terjumpa file zaman sekolah hehe
banyak kenangan terukir di zaman sekolah berbanding zaman universiti
kadang kadang boleh buat diri kita tersenyum sorang sorang
bila ingat balik zaman muda muda dulu hehe

Thursday, 17 October 2013

Nilai Seorang Ayah

 Assalamualaikum 
Salam Aidil Adha buat Semua Umat Islam di seluruh dunia
Sudah ada yang demam barangkali :P
dek kerana makan macam macam makanan kan?
apa pon syukur atas nikmat yang masih diberikan oleh ALLAH 
kita masih bernafas dan berada dalam nikmat iman dan nikmat Islam.
Kali ini aku ingin mengajak kita semua mengimbau peri pentingnya 
seorang insan bernama Ayah
 Setiap insan tidak akan terpisah dari insan bernama ayah,abah,walid,abi,daddy 
dan sebagainya.
Bapa itu sebagai imam dalam sesebuah keluarga.
Imam yang menjadi nakhoda memimpin sebuah bahtera melayari kejayaan dunia akhirat
serta mencapai husnul khatimah yakni kesudahan yang baik.
Seorang bapa yang soleh akan memimpin anak dan keluarganya dengan jalan jalan cahaya
iaitu jalan yang diredhai ALLAH S.W.T
 Membimbing anak anaknya dengan dakwah dan tarbiyah yang terbaik yang mampu dilakukannya
seperti mendidik dengan solat berjemaah dan perilaku akhlak yang terpuji.
Bagaimana jika seseorang itu kehilangan ayahnya sewaktu kecil lagi?
 Sudah pasti banyak kehilangan yang akan dirasainya nilai seorang ayah disisinya.
Membawa diri dengan berdikari mencari bentuk identiti yang baik untuk dirinya.
Apatah lagi jika anak itu kecil tanpa bimbingan yang sewajarnya pasti kita akan hilang arah jalan
untuk belayar melayari bahtera yang kekal abadi.
Hilang saat mesra bersama seorang ayah saat rakan rakan lain mengucup mesra ayah mereka 
lebih lebih disaat lebaran ataupun hari raya.
Pasti rasa sebak menyelubungi tiap hati yang mendambakan kasih seorang ayah.
Malah ada yang memberontak kerana kurangnya kasih sayang ayah apatah lagi buat mereka
yang tidak pernah merasainya.
 Bayangkan sahaja punya ayah yang soleh.
Dapat sama sama solat berjemaah,ke mana mana bersama,mendapat bimbingan dari ayah
pelbagai lagi perkara yang boleh dilakukan bersama.
Terutamanya saat menunaikan solat hari raya ,mendengar sahaja takbir raya pasti tiap
insan yang kehilangan ibu bapa mereka akan menitiskan air mata.
Namun kehilangan itu pastinya ALLAH gantikan dengan nikmat yang lain.
ujian itu nikmat bagi mereka yang beriman dan buat mereka yang berfikir.
dan pastinya nilai hormat itu aku hulurkan buat mereka yang telah kehilangan ayah mahupun ibu
tapi mampu berjaya dengan cemerlang tanpa mengharapkan bantuan semata
lebih lebih lagi buat mereka yang bergelar yatim piatu.
Semoga kita semua terus diberikan rahmat dan kasih sayangNya.
Semoga kita terus diberikan kekuatan oleh ALLAH.
insyaAllah
amin
Semoga arwah abah juga berada bersama orang orang beriman dan beramal soleh.
Teruslah berdoa buat arwah ibu ayah kita kerna bekalan untuk mereka adalah
doa anak anak yang soleh. 
 Assalamualaikum. 
 

Monday, 14 October 2013

Zikir Terapi : Alhamdulillah & AstaghfirullahalAzim

         Assalamualaikum Semua :D                 
 
 Alhamdulillah dan Astaghfirullahal azim cover version
Walaupun suara bukan macam hafiz hamidun hehe
Maaf ini hanya percubaan sahaja plus suara demam 
dan tiada bakcground music 
 Semoga ada juga kebaikan bersamanya hehe.
P/s : Kalau nak dengar elok sikit pakai earphone lah ea :P hihi
Terima Kasih dari saya :D

Sunday, 13 October 2013

Catatan Siswa : Mari Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum semua 
rasanya hampir sebulan tak menulis hehe almaklumlah busy orang kata 
walaupun tak de lah busy mana pon
Harapnya semua sihat lah ye?
Doakan diri ini sihat juga , suara tak berapa baik.
nikmat Allah bagi untuk menghilangkan dosa hehe.
Satu Perkara yang buat aku excited untuk menyambung pengajian ke degree 
ialah dapat BELAJAR BAHASA ARAB
Kenapa Excited?
Mungkin ada yang dah tahu , mungkin ada juga yang masih belum tahu bukan?
Bahasa arab adalah bahasa syurga
Bahasa yang sangat istimewa
Ada keunikannya tersendiri
Sebenarnya memang dah lama terdetik nak belajar bahasa arab tapi masih belum dapat peluang
Sekarang Alhamdulillah.
Mengambil subjek TAC 401 iaitu bahasa arab komunikasi
Sekarang kami mula belajar tentang basic.
Tapi ada juga pelajar yang memilih mengambil bahasa lain sebagai bahasa ketiga or
as third language like japan,french,korea and mandarin hehe
Yang penting semangat nak belajar tu kan?
nanti bolehlah belajar tukar tukar bahasa dengan kawan kan hihi.

Okay let's learn arabic
Ismi KhairulAnwar Ismail : Nama Saya KhairulAnwar Ismail
Ana Min Terengganu : Saya dari Terengganu
Wilayah : Negeri 
Masmuka : Siapa Nama Kamu?
Min Fadlik : Excuse Me?
Syukran : Terima kasih
Afwan : Sama Sama
Ma'assalamah : Selamat Tinggal /Goodbye
Ilalliqa' : Selamat Tinggal Juga / Goodbye too

    Okay ini merupakan salah satu Basic Arabic Verb or grammar
Betul ke tak ayat ni xtahu lah ? hehe
saya budak baru nak belajar.
Belajar Bahasa sebenarnya menyeronokkan tapi menuntut semangat dan minat untuk
mempelajarinya . Otherwise kita takkan dapat menguasai bahasa kalau kita
tak minat,betul tak?
Dalam class pon kitaorang digalakkan ataupun diajar untuk melakonkan dialog ataupun membacanya
bersama pasangan or in pair.
Ini merupakan contoh Assignment yang telah dilakukan oleh some group hehe : 

Semoga ALLAH permudahkan bagi kita semua atas usaha untuk menimba ilmu 
yang penting kena ikhlas niat hati dalam hati walaupun apa pon kita belajar
tak semestinya belajar kena ikhlaskan? buat benda lain pon kena ikut ikhlas hati itu mesti sentiasa 
betul.
Itu Sahaja buat kali ini ,berjumpa lagi kita pada entri seterusnya
hihi 
rajin rajinkan berdialog dengan saya :D 
Assalamualaikum ;) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...